Perbezaan gender dan status sosioekonomi terhadap kebimbangan bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti awam di Sabah

Noor Aimuni Haron and Mazni Mustapha (2023) Perbezaan gender dan status sosioekonomi terhadap kebimbangan bahasa asing dalam kalangan pelajar universiti awam di Sabah. Southeast Asia Psychology Journal, 11 (2). pp. 1-13.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (713kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap kebimbangan bahasa asing (KBA), perbezaan gender dan status sosioekonomi terhadap KBA dalam kalangan pelajar universiti awam di Sabah. Kajian telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 358 responden yang terdiri daripada 104 lelaki dan 254 perempuan telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah mengadaptasikan soal selidik Foreign Language Classroom Anxiety Scale (FLCAS) yang dibina oleh Horwitz, Horwitz dan Cope (1986). Analisis data dijalankan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 28.0. Hasil kajian menunjukkan tahap KBA dalam kalangan pelajar universiti awam di Sabah berada pada tahap sederhana. Kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan bagi KBA antara pelajar lelaki dan perempuan (k< .05), di mana terbukti bahawa pelajar perempuan (M = 97.97, SD = 20.88) memiliki tahap KBA yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki (M = 91.22, SD = 20.09). Seterusnya, kajian ini juga telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan status sosioekonomi terhadap KBA dalam kalangan pelajar universiti awam di Sabah (k< .05). Hasil kajian menunjukkan pelajar dari status sosioekonomi rendah dikatakan memiliki tahap KBA yang tinggi (M = 97.72, SD = 21.02). Manakala, pelajar dari status sosioekonomi tinggi memiliki tahap KBA yang rendah (M = 83.63, SD = 16.79). Penemuan kajian ini dapat memberikan kefahaman dan kejelasan yang lebih mendalam kepada para pelajar, ibu bapa, dan pensyarah tentang isu KBA yang sering berlaku dalam kalangan pelajar. Antara cadangan kajian yang boleh dilaksanakan pada masa hadapan adalah dengan meluaskan lagi skop lokasi dan sampel kajian, mempelbagaikan kaedah pengumpulan data, serta melaksanakan kajian secara longitudinal.

Item Type: Article
Keyword: Kebimbangan Bahasa Asing, Pelajar Universiti, Gender, Status Sosioekonomi
Subjects: H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography > HB131-147 Methodology
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > HT51-1595 Communities. Classes. Races > HT1501-1595 Races: Including race as a social group and race relations in general
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 17 May 2024 14:01
Last Modified: 17 May 2024 14:01
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38706

Actions (login required)

View Item View Item