Tradisi megalitik Batu Buaya, Santubong dari perspektif etnoarkeologi

Durasima Nameing (2017) Tradisi megalitik Batu Buaya, Santubong dari perspektif etnoarkeologi. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (916kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (18MB)

Abstract

Bahan kajian dalam penyelidikan arkeologi ini ialah Tapak Batu Buaya (TBB) di Santubong, Sarawak. Tapak ini merupakan salah satu tinggalan tradisi megalitik di Santubong yang dahulunya pernah dipuja dan dianggap memiliki semangat oleh penduduk tempatan. Berdasarkan hasil tinjauan awal yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa TBB mempunyai nilai sejarah yang begitu signifikan bagi masyarakat di Santubong namun diabaikan dari segi pemeliharaan tapak akibat peredaran zaman yang semakin membangun serta faktor geografi TBB yang terletak di muara sungai. Kajian yang berasaskan kerja lapangan ini menggunakan kaedah temu bual dan pemerhatian secara langsung untuk mengumpul data di tapak kajian. Berdasarkan analisis yang telah dibuat, pengkaji mendapati bahawa TBB menepati definisi tradisi megalitik serta dikaitkan dengan legenda Datuk Merpati dan tapak pembunuhan Sultan Tengah iaitu sultan yang pertama dan terakhir di Sarawak. Bagi memastikan apakah jenis buaya yang dikaitkan dengan legenda TBB, maka survei arkeologi di tapak kajian telah dikendalikan. Antara data yang diperolehi ialah ukuran tapak serta klasifikasi jenis-jenis buaya. Hasil kajian mendapati bahawa TBB mirip kepada buaya jenis C. Porosus yang hidup di air masin. Selain itu, TBB merupakan sebuah tapak yang sangat rapat dengan kepercayaan, pemikiran dan juga sejarah demografi penduduk tempatan di Santubong. Seterusnya, berdasarkan perbandingan keadaan fizikal tapak melalui survei yang telah dijalankan, pengkaji mendapati bahawa berlakunya perubahan dari segi fizikal tapak TBB berbanding dengan kajian Harrisson (1969). Secara keseluruhannya, kajian ini telah memperlihatkan bahawa TBB mulai berfungsi teguh dalam kebudayaan masyarakat setempat pada awal abad ke-15.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Arkeologi, Tapak Batu Buaya, Tradisi megalitik, Santubong
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > GN1-890 Anthropology > GN700-890 Prehistoric archaeology
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 17 May 2024 14:02
Last Modified: 17 May 2024 14:02
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38712

Actions (login required)

View Item View Item