Satu tinjauan seni persembahan dari pandemik ke pasca covid-19: Maya atau konvensional?

Elvin Dainal (2023) Satu tinjauan seni persembahan dari pandemik ke pasca covid-19: Maya atau konvensional? Jurnal Kinabalu, 29. pp. 79-95. ISSN 1394-4517

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Pada 11 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan bahawa penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) sebagai pandemik. Malaysia telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020, diikuti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), dan Perintah Kawalan Diperketatkan (PKPD) di seluruh negara. Berikutan dengan arahan kawalan pergerakan ini, segala aktiviti sosial dan budaya termasuk industri kreatif secara konvensional dibatalkan serta-merta. Sepanjang tempoh pandemik ini, penggiat muzik di Sabah telah membuat inisiatif untuk berkarya secara maya atas talian. Persoalannya, apakah jenis persembahan muzik yang sesuai diinisiatifkan secara maya? Setelah dua tahun, pada 1 April 2022, kerajaan telah mengambil langkah untuk masuk ke Fasa Peralihan Endemik COVID-19. Ini bermaksud industri kreatif dibenarkan berkarya secara konvensional semula. Melihat kepada perubahan mekanisma ini, adakah persembahan muzik di Sabah masih relevan untuk dijalankan secara maya atau konvensional? Hasil pemerhatian menunjukkan bahawa ada aktiviti persembahan muzik yang masih relevan di pasca COVID-19, namun yang lainnya sudah kembali kepada konvensional.

Item Type: Article
Keyword: COVID-19, Sabah, Platform atas talian, Penggiat seni muzik, Seni persembahan maya, Seni persembahan konvensional
Subjects: M Music and Books on Music > ML Literature on music > ML1-3930 Literature on music > ML3795 Music as a profession. Vocational guidance
R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 24 May 2024 09:23
Last Modified: 24 May 2024 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38728

Actions (login required)

View Item View Item