Resilien usahawan makanan tradisi skala mikro di Beaufort-Membakut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

ALOY, J. J and Yusoh, M. P and MARJUN, A. J and OSIN, N (2023) Resilien usahawan makanan tradisi skala mikro di Beaufort-Membakut sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Quantum journal of social sciences and humanities, 4 (5). pp. 1-20. ISSN 1881-1941

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (745kB) | Request a copy

Abstract

Keusahawanan makanan tradisi di Beaufort-Membakut adalah berasaskan makanan suku kaumnya seperti produk makanan tuhau, jeruk bambangan, ambuyat, kuih jala dan kuih sapit. Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, pelbagai sektor ekonomi kian merudum sekali gus merencatkan ekonomi skala mikro di daerah ini. Penjualan serta permintaan terhadap produk makanan tradisi kian terjejas memberikan cabaran kepada pengusaha untuk terus bertahan, apatah lagi selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia. Justeru, timbul persoalan terhadap sejauh manakah pengusaha di daerah ini resilien sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Makalah ini bertujuan untuk mengenal pasti resilien usahawan makanan tradisi skala mikro di Beaufort-Membakut dalam meningkatkan permintaan produk sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Reka bentuk kajian yang digunakan ialah pendekatan penerokaan dengan mengaplikasikan kaedah kualitatif sebagai kaedah utama penyelidikan. Teknik pengumpulan data yang digunakan ialah temu bual secara mendalam dengan menggunakan panduan soalan temu bual, temu bual secara tidak langsung dan pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan resilien usahawan makanan tradisi skala mikro sepanjang tempoh PKP adalah (i) berjimat-cermat dalam perbelanjaan, (ii) mengubah norma strategi pemasaran, (iii) tidak membuat pinjaman wang, (iv) menghadkan pengeluaran produk. Sebagai rumusan, usahawan makanan tradisi mempunyai peranan yang signifikan dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar dan melestarikan makanan tradisi suku kaum di negeri Sabah. Secara tidak langsung ia berupaya meningkatkan sumbangan golongan usahawan makanan tradisi kepada ekonomi rumahtangga, kepada komuniti setempat dan akhirnya kepada pembangunan keusahawanan makanan tradisi di peringkat tempatan dan kebangsaan.

Item Type: Article
Keyword: resilien, usahawan, makanan tradisi, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pandemik, Covid-19
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA421-790.95 Public health. Hygiene. Preventive medicine > RA643-645 Disease (Communicable and noninfectious) and public health
T Technology > TX Home economics > TX1-1110 Home economics > TX642-840 Cooking
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: ABDULLAH BIN SABUDIN -
Date Deposited: 24 May 2024 09:38
Last Modified: 24 May 2024 09:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38743

Actions (login required)

View Item View Item