Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah

Suraya Sintang and Mohd. Nazmi Mohd. Khalli and Khadijah Mohd. Khambali @ Hambali and Rosazman Hussin (2022) Menjana keharmonian melalui jalinan kerjasama antara penganut beza agama di Sabah. e-Bangi : Journal of Social Sciences and Humanities, 19 (6). pp. 88-102. ISSN 1823-884X

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (62kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (480kB) | Request a copy

Abstract

Keharmonian sosial antara agama dan etnik merupakan indikator penting yang berperanan sebagai kayu ukur kepada kesejahteraan insan. Sungguhpun indikator ekonomi adalah prasyarat utama bagi menilai kesejahteraan insan, ia tidak bersifat holistik dalam membina pembangunan harmoni yang lestari. Kepincangan keharmonian yang tidak seimbang dan berat sebelah yang hanya menjurus kepada pencapaian ekonomi ataupun material semata-mata, perlu diimbangi dengan penerapan norma-norma sosial yang dipupuk daripada ikatan kasih sayang, keakraban dan jalinan mesra antara pihak berbeza agama dan etnik. Dalam konteks Malaysia, suasana harmoni begitu menyerlah kerana masyarakatnya berupaya mempamerkan gaya hidup bersama meski berdepan dengan isu perbezaan agama dan etnik. Makalah ini membincangkan amalan dan contoh teladan yang dipraktiskan oleh penganut beza agama di Sabah yang ditonjolkan melalui jalinan kerjasama, iaitu kerjasama untuk mengekalkan hubungan sedia kala dan kerjasama untuk memulihkan semula hubungan tegang kesan daripada konflik keluarga beza agama. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif bersandarkan reka bentuk analisis kandungan dan kaedah temu bual mendalam bersama informan utama daripada pihak autoriti agama dan individu terlibat dalam konflik keluarga beza agama. Hasil kajian memperlihatkan bahawa pengekalan keharmonian masyarakat Sabah diterjemah melalui kesediaan masyarakatnya hidup bersama yang menatijahkan gaya hidup yang cintakan perdamaian sehingga sebarang konflik yang berlaku ditangani melalui jalan tengah (middle path), bersetuju untuk tidak bersetuju (agree to disagree) dan situasi menang-menang (win-win situation). Kajian ini menyumbang dalam rangka mengetengahkan fungsi agama sebagai penjana keharmonian melalui penerapan nilai-nilai murni melalui amalan kerjasama antara pihak berbeza agama.

Item Type: Article
Keyword: Keharmonian sosial, Kesejahteraan insan, Norma sosial, Jalan tengah, Fungsi agama
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion > BL1-2790 Religions. Mythology. Rationalism > BL1-50 Religion (General)
D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jun 2024 09:21
Last Modified: 12 Jun 2024 09:21
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38793

Actions (login required)

View Item View Item