Pelaksanaan homestay patuh syariah dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran kemudahan penginapan mesra muslim di Sabah

Suhailah Abdul Muin and Mohd Nor Azan Abdullah and Norcikeyonn Samuni (2022) Pelaksanaan homestay patuh syariah dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran kemudahan penginapan mesra muslim di Sabah. Sains Insani. pp. 64-73. ISSN 0127-7871

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (66kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (426kB) | Request a copy

Abstract

Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) turut memperkenalkan banyak inisiatif baru untuk memajukan pelancongan Islam di Malaysia, termasuk memperkenalkan program Pengiktirafan Penginapan Mesra Muslim (MFAR). Tinjauan terhadap reka bentuk ruang persekitaran dalam perkhidmatan homestay telah dilaksanakan dalam satu siri kajian rintis bagi memenuhi keperluan dan kehendak penginap muslim dalam usaha memberi pengiktirafan kepada para pengusaha penginapan mesra muslim di Malaysia khususnya di Sabah. Objektif kertas kerja ini adalah untuk meninjau ciri-ciri pengaplikasian homestay patuh syariah dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran meliputi bilik dan juga ruangan bangunan homestay. Selain itu, beberapa cadangan inovasi idea ciri-ciri tambahan yang perlu diaplikasikan dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran berdasarkan kepada tinjauan indikator yang diteliti dalam kajian rintis. Reka bentuk kajian bersifat kualitatif dan kuantitatif yang menggunakan tiga metod utama iaitu pemerhatian, temubual mendalam dan juga senarai semak (soal selidik). Kajian ini bersifat antarabangsa dengan adanya kolaborasi daripada rakan penyelidik daripada negara Brunei Darussalam dan Indonesia. Proses kutipan data lapangan bagi kajian ini melibatkan 30 buah homestay di tiga kawasan tumpuan pelancong di Sabah iaitu sekitar Kota Kinabalu, Kundasang dan Semporna, Sabah. Sebanyak 13 indikator yang melibatkan ciri-ciri penginapan patuh syariah di dalam aspek reka bentuk dan ruang persekitaran yang telah diteliti. Hasil kajian mendapati bahawa 5 indikator sahaja yang sesuai digunakan dalam tinjauan bagi kajian ini disebabkan oleh ciri-ciri lainnya tidak menepati kapasiti homestay yang hanya bersifat milikan tunggal dan tidak bertaraf hotel. Melalui tinjauan yang dilaksanakan oleh pengkaji, terdapat beberapa inovasi idea baru dicadangkan seperti penyediaan ruang berwuduk, ruang solat, jumlah bilik tidur dan tempat penyimpanan kasut atau selipar dalam susun atur pelan lantai kemudahan penginapan yang ditawarkan oleh para pengusaha homestay di Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Reka bentuk, Ruang persekitaran, Homestay patuh syariah, Pelancongan Islam, Sabah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jun 2024 09:23
Last Modified: 12 Jun 2024 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38796

Actions (login required)

View Item View Item