Mohd Nor Azan Abdullah and Mohd Yusof Abdullah (2022) Leksis etnik Dusun dan pengaruh Indo-Malayan. Jurnal Kesidang, 7 (1). pp. 1-10. (In Press)
Text
ABSTRAK.pdf Download (64kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (387kB) | Request a copy |
Abstract
Komunikasi yang sempurna bila mana manusia dapat berkomunikasi di antara satu sama lain secara berkesan melalui leksis semasa pengucapan supaya maksud percakapan tersebut dapat difahami dengan tepat. Leksis merupakan perkataan yang mempunyai makna tersurat dan tersirat dalam lisan mahupun tulisan. Etnik Dusun merupakan salah satu kaum yang menduduki kepulauan Borneo Utara. Etnik Dusun dikelompokkan dalam suku mongoliad iaitu berketurunan Monggol. Dusunik diwarnai dengan pelbagai sub etnik seperti suku Lotud, Tambanoa, Kuijau dan beberapa suku lain. Pengaruh Indo-Malayan dapat dilihat melalui penggunaan leksis tersebut dalam pertuturan masyarakat Dusunik. Indo-Malayan meliputi kawasan benua India, Indonesia, Borneo, Filipina, Indochina sehingga ke Garis Wallace yang merupakan zon peralihan antara Asia dan Australia. Ramai penutur bahasa Dusunik tidak menyedari bahasa leksis Dusunik diserapi beberapa leksis Indo-Malayan khususnya leksis Sanskrit. Penyelidik menyenaraikan beberapa leksis Indo-Malayan yang terdapat dalam bahasa Dusunik serta mengenal pasti beberapa perubahan elemen fonemik apabila diserapkan sebagai leksis Dusunik. Metodologi kajian bersifat kualitatif dengan kaedah kajian perpustakaan yang melibatkan penelitian buku-buku, dokumen dan laman sesawang.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Leksis, Dusun, Pengaruh, Indo-Malayan |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 12 Jun 2024 09:24 |
Last Modified: | 12 Jun 2024 09:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38802 |
Actions (login required)
View Item |