Peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran BNBC di Borneo Utara

Dg. Junaidah Awang Jambol and Nurulasyikin Hassan and Ang, Kean Hua and Zulayti Zakaria (2022) Peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran BNBC di Borneo Utara. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7. pp. 1-11.

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (63kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (251kB) | Request a copy

Abstract

Makalah ini membincangkan tentang peranan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran pada zaman British North Borneo Chatered Company (BNBC) di Borneo Utara dari tahun 1881 sehinggalah 1941. Makalah ini merupakan satu usaha untuk merekonstruksikan semula landasan penjelasan tentang penglibatan kepimpinan Melayu Brunei di dalam pentadbiran yang direncanakan oleh pihak BNBC. Kebanyakan sumber yang digunakan terdiri daripada sumber yang berkaitan dengan topik yang telah dibincangkan namun, telah diolah dan dinilai semula di dalam perspektif yang baharu. Makalah ini juga akan akan membincangkan peranan dan kaedah yang digunakan oleh pihak BNBC untuk menarik ketua-ketua tempatan khususnya kepimpinan Melayu Brunei untuk menyertai institusi peribumi dan seterusnya mengikat kesetiaan mereka dengan pihak syarikat. Menerusi kajian ini juga didapati bahawa pihak BNBC telah berjaya menemui formula yang berkesan bagi memastikan masyarakat peribumi khususnya masyarakat Melayu Brunei untuk mengikuti semua polisi dan dasar baharu yang ditetapkan oleh pihak BNBC sehingga akhirnya perubahan ini telah mempengaruhi keberadaan dan pengekalan kepimpinan Melayu Brunei dalam pentadbiran di Borneo Utara pada tahun-tahun berikutnya.

Item Type: Article
Keyword: Borneo Utara, Melayu Brunei, BNBC, Sistem pentadbiran
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jun 2024 10:22
Last Modified: 12 Jun 2024 10:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38858

Actions (login required)

View Item View Item