Pembangunan produk budaya Melayu sebagai sektor pelancongan di Malaysia

Zulayti Zakaria and Ang, Kean Hua (2022) Pembangunan produk budaya Melayu sebagai sektor pelancongan di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7. pp. 1-23.

[img] Text
ABSTRAK.pdf

Download (62kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (330kB) | Request a copy

Abstract

Secara genre, Kajian ini mendapati pelbagai pihak, baik dalam kalangan penggubal dasar, pelaksana pembangunan dan para penyelidik dalam bidang pelancongan sendiri, masih skeptikal tentang konsep pelancongan budaya yang masih belum dapat menjadi niche ataupun dapat berdiri sebagai bidang pelancongan tersendiri di negara ini walaupun sebenarnya produk budaya, terutamanya budaya Melayu, merupakan bahagian paling utama dalam produk pelancongan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memaparkan realiti mengenai ciri-ciri budaya Melayu dalam sektor industri pelancongan, di mana pendekatan kualitatif secara observasi di aplikasikan untuk tujuan pengumpulan data. Data yang diperoleh daripada kajian lapangan, penelitian Laporan Tahunan pelbagai agensi kerajaan, bahan-bahan terbitan LPPM (Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, brosur Lembaga Kraf Tangan Malaysia, akhbar dan siaran televisyen serta temu bual dengan tokoh berwibawa dalam bidang ini. Dapatan kajian memaparkan produk pelancongan melibatkan pembangunan kraf Melayu, pembangunan makanan Melayu, dan pembangunan seni persembahan Melayu serta peranan tokoh dalam meningkatkan kebolehakses terhadap pelancongan budaya oleh pelbagai pihak. Kesimpulannya, pelancongan budaya bukan sahaja menjadi sumber daya tarikan atau ‘centre of gravity’ untuk menarik pelancong berkunjung ke sesebuah destinasi, malah merupakan penjanaan ekonomi utama bagi sesebuah negara.

Item Type: Article
Keyword: Pelancongan budaya, Kraf tangan, Makanan Melayu, Seni persembahan Melayu, Peranan tokoh
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 12 Jun 2024 10:38
Last Modified: 12 Jun 2024 10:38
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38859

Actions (login required)

View Item View Item