Tarian Pinakang etnik Kimaragang : konteks persembahan dan rekaan kostum

Victor B. Pangayan (2014) Tarian Pinakang etnik Kimaragang : konteks persembahan dan rekaan kostum. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (378kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Tarian Pinakang merupakan sejenis tarian tradisional etnik Kimaragang yang tinggal di sekitar daerah Kota Marudu, Sabah. Kajian ini bertujuan mendokumentasi dan menganalisis aspek persembahan, rekaan kostum serta aksesori yang dipakai oleh penari tarian Pinakang. Walaupun tarian Pinakang ini masih popular dalam kalangan etnik Kimaragang sehingga kini, namun tarian ini kurang diketengahkan di peringkat negeri Sabah apatah lagi diperingkat kebangsaan. Merujuk kepada kajian kepustakaan yang dilakukan, kajian ilmiah ke atas tarian Pinakang didapati belum dilakukan oleh mana-mana pengkaji. Fokus analisis kajian ini adalah kepada konteks persembahan, kostum dan aksesori yang dipakai oleh penari semasa mempersembahkan tarian Pinakang. Selain itu, kajian ini akan mengetengahkan rekaan kostum serta aksesori etnik Kimaragang mengikut zaman. Hasil kajian seperti ini sesuai dijadikan rujukan oleh pengiat seni tari, jurulatih tarian tradisional serta pereka busana tradisional.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Tarian Pinakang, Kimaragang, Rekaan kostum
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GV Recreation Leisure > GV1-1860 Recreation. Leisure > GV1580-1799.4 Dancing
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Jun 2024 15:16
Last Modified: 21 Jun 2024 15:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38913

Actions (login required)

View Item View Item