Reany Koton (2013) Sejarah penglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan di Borneo Utara : 1881-1941. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (379kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Kajian sejarah perburuhan ini merupakan kajian yang menjurus kepada penglibatan buruh-buruh tempatan dalam sektor perladangan di Borneo Utara semasa pentadbiran British North Borneo Chartered Company (BNBCC). Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengapa berlakunya perubahan dalam trend kepenggunaan buruh tempatan dari kurang giat kepada giat melalui penelitian ke atas proses perekrutan dan kehidupan mereka di estet perladangan. Melalui kaedah pendekatan sejarah dari aspek pemerolehan sumber, pentafsiran data dan penghuraian fakta, penyelidikan ini mendapati bahawa buruh tempatan kurang terlibat pada awalnya kerana persepsi negatif pengusaha Eropah yang menganggap buruh tempatan pemalas, dasar BNBCC yang memperkenalkan undang-undang yang mengawal penglibatan buruh tempatan mengikut tempoh-tempoh tertentu dan persepsi peribadi masyarakat tempatan yang menganggap bekerja di estet perladangan menjatuhkan maruah mereka, di samping ketaatan mereka kepada sistem perhambaan dan daya tarikan sharecropping yang lebih tinggi. Namun, jumlah penglibatan buruh tempatan menjadi semakin meningkat kerana pendedahan mereka terhadap pemberian gaji, penyediaan kemudahan material dan bukan material, serta perlindungan undang-undang. Tambahan itu, para pengusaha juga menyedari kos pengrekrutan buruh tempatan jauh lebih menjimatkan berbanding kos merekrut buruh-buruh luar. Namun demikian, walaupun penglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan ini meningkat dan banyak kesan positif yang diperolehi mereka, tidak dapat dinafikan bahawa buruh tempatan turut berhadapan kesan negatif hasil penglibatan mereka dalam sektor perladangan. Misalnya pengaruh sosial seperti perjudian, amalan meminum arak dan pelacuran selain membawa kepada timbulnya masalah tidak berkahwin dalam kalangan penduduk tempatan.Walaupunpenglibatan buruh tempatan dalam sektor perladangan memberi banyak manfaat kepada pengusaha perladangan, namun, pada masa yang sama membawa kesan negatif kepada perusahaan tanaman padi bukan sahaja di peringkat kampung tetapi juga terhadap bekalan makanan keseluruhan wilayah.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Buruh tempatan, Sektor perladangan, Borneo Utara |
Subjects: | D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS595.8-597.215 History |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Jun 2024 15:34 |
Last Modified: | 27 Jun 2024 15:34 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38953 |
Actions (login required)
View Item |