Norlaji Hj. Hamid (2013) Audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia di televisyen tempatan : satu kajian kes terhadap remaja pribumi di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (268kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (1MB) |
Abstract
Kajian audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia di televisyen tempatan merupakan satu penyelidikan yang melihat penerimaan pelajar berkaitan dengan hubungan keterlibatan dan faktor penarik audiens untuk menonton drama. Tidak dapat dinafikan bahawa drama Indonesia mempunyai pengaruh sangat kuat dan memberi kesan terhadapa audiens di Malaysia. Hal ini berlaku disebabkan drama Indonesia yang ditayangkan di televisyen Malaysia mempunyai similariti di antara kedua-dua negara khususnya dari segi budaya dan sosialisasi (Cultural Proximity). Kajian yang dijalankan berbentuk kualitatif dengan penggunaan instrumen perbincangan kumpulan terfokus (Focus Group Discussion-FGD). Penyelidik memilih dari informan di dua buah sekolah yang dipilih iaitu SMK Perempuan Likas dan SM All Saints. Hasil dapatan dalam kajian mendapati penerimaan audiens dari segi budaya dan sosialisasi amat mempengaruhi audiens di Malaysia hingga membentuk penerimaan iaitu seperti; (i) komited, (ii) Komited dan mengkritik, dan (iii) tidak komited. Suatu penemuan yang menarik dalam dapatan penerimaan audiens ini ialah pelajar remaja menerima drama Indonesia bukan disebabkan oleh kedekatan budaya sahaja tetapi sebenarya disebabkan kedekatan pengalaman, pemikiran dan perasaan. Dalam dapatan faktor-faktor penarik terhadap audiens didapati faktor seperti pelakon (watak), penceritaan, persekitaran dan bahasa merupakan aspek penarik untuk audiens terus menonton drama Indonesia. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini memberi penjelasan tentang audiens remaja dan penerimaan drama Indonesia bukan sahaja dikaitkan dengan kedekatan dan persamaan budaya di antara kedua-dua negara tetapi juga disebabkan kedekatan hubungan keterlibatan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Audiens remaja, Drama indonesia, Remaja pribumi, Sabah |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General) > PN1600-3307 Drama > PN1990-1992.92 Broadcasting > PN1992-1992.92 Television broadcasts |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Jun 2024 15:35 |
Last Modified: | 27 Jun 2024 15:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38954 |
Actions (login required)
View Item |