Junior Kimwah (2017) Karya catan sylvester wielding jussem dalam konteks organic unity dan interpretasi imej. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (350kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Penyelidikan ini merupakan kajian terhadap karya catan yang telah dihasilkan oleh pelukis Sarawak iaitu Sylvester Wielding anak Jussem. Pelukis ini lebih dikenali sebagai Sylvester Jussem merupakan seorang pensyarah di Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Beliau telah menceburi bidang seni lukis dari usia muda dan masih aktif dalam menghasilkan karya seni sehingga kini. Memetik nukilan Mohd Johari Ab. Hamid (2008: 10) penghayatan karya seni dan membuat penilaian terhadap satu karya seni visual memerlukan satu disiplin yang khusus. Membuat penilaian terhadap sesuatu karya seni yang tidak mengikut etika yang sebenarnya menjurus penghayat seni kepada satu garis pemisahan yang besar. Dalam pembangunan dan perkembangan seni visual tanah air, kritikan seni dan apresiasi dapat membantu. Karya beliau akan dianalisis dalam mengenal pasti elemen formalistik yang diaplikasikan dalam catan pelukis. Seterusnya, menilai imej catan Sylvester Wielding Jussem dari segi subjek, bentuk dan makna. Penyelidik juga akan menganalisis imej, bentuk dan makna catan Sylvester Wielding Jussem dalam konteks interpretasi. Penyelidik memilih dua pendekatan teori iaitu Pendekatan Formal dan Pendekatan Organic Unity. Hasil kajian menunjukkan pelukis menerapkan elemen seni rupa dan juga memiliki subjek, bentuk dan makna dalam 20 karya yang telah dianalisis.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Analisis formalistik, Unsur seni, Prinsip rekaan, Subjek, Bentuk, Makna |
Subjects: | N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Jun 2024 15:39 |
Last Modified: | 27 Jun 2024 15:39 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/38961 |
Actions (login required)
View Item |