Khor, Boon Ling (2006) Penentu asid benzoik dan asid sorbik dalam jus epal terproses. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000422.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Asid benzoik dan asid sorbik dalam 9 jus epal terproses telah ditentukan secara kualitatif dan kuantitatif oleh kromatografi cecair tekanan tinggi (HPLC) turus Supleco 516 C�₈. Penimbal ammonium asetat-asetonitril digunakan sebagai fasa bergerak, dan asid benzoik dan asid sorbik dikesan oleh Pengesan UV pada panjang gelombang 235nm. Sampel ujikaji disediakan secara pencairan sampel jus dengan fasa bergerak dan diikuti dengan penurasan. Kromatogram menunjukkan asid benzoik dan asid sorbik telah dikesan dalam 6 jenama jus epal terproses, iaitu Peel Fresh, Buono Fresh, Fruit Tree, Sunldst, Wasser dan Nutrigen. Keputusan menunjukkan bahawa jus epal Buono Fresh mengandungi asid benzoik dan asid sorbik yang tertinggi, masing-masing dengan 160.20ppm dan 158.78ppm. Jus epal Sunkist mengandungi kepekatan asid benzoik yang paling rendah dengan 4.22ppm sahaja. Kandungan asid benzoik dan asid sorbik yang dikesan berada dalam had kebenaran Akta Makanan 1983 & Peraturan Malaysia.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Benzoic acid, Sorbic acid, Apple juices |
Subjects: | T Technology > TP Chemical technology > TP1-1185 Chemical technology > Food processing and manufacture |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 06 Jan 2012 18:01 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 09:51 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/390 |
Actions (login required)
View Item |