Model pentaksiran risiko bencana gempa bumi di kawasan Ranau, Sabah

Ahmad Khairut Termizi Mohd Daud (2023) Model pentaksiran risiko bencana gempa bumi di kawasan Ranau, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (21MB)

Abstract

Sabah merekodkan kejadian gempa terburuk pada 5 Jun 2015 dengan 18 kematian dan kerugian mencapai hampir RM200 juta. Kajian tesis ini bertujuan untuk membangunkan sebuah model rangka kerja Strategi Pengurusan Risiko Gempa Bumi (RiMS-RE) di kawasan Ranau yang terdedah kepada bahaya seismik sederhana yang menggabungkan aspek spatial dan temporal. Rangka kerja ini digunakan untuk menjalankan Pentaksiran Risiko Gempa Bumi (RiskA-RE), dan maklumat digunakan untuk mencadangkan Mitigasi Risiko Gempa Bumi (RiMit-RE). Pentaksiran Bahaya Gempa Bumi (HAs-RE) dengan teknik Inventori, geomorfometrik, dan Probabilistic Seismic Hazard Assessment (PSHA) mendapati Bahaya gempa bumi pengezonan makro 10% menunjukkan bahawa 19.88% daripada luas keseluruhan kawasan kajian adalah berada dalam kelas bahaya sangat rendah, 20.19% bahaya rendah, 19.98% bahaya sederhana, 19.92% bahaya tinggi, dan 20.03% adalah bahaya sangat tinggi. Bagi bahaya gempa bumi pengezonan makro 2% didapati bahawa 19.74% daripada luas keseluruhan kawasan adalah berada dalam kelas bahaya sangat rendah, 20,06% bahaya rendah, 19.79% bahaya sederhana, 19.82% bahaya tinggi, dan 20.6% adalah bahaya sangat tinggi.Pengenalpastian Elemen Berisiko Gempa Bumi (REI-RE) (Populasi dan Nilai Harta Benda) dan Pentaksiran Kemudahterancaman Gempa Bumi (VAs-RE) (Fizikal, Sosial dan Persekitaran) menunjukkan Kemudahterancaman Gempa Bumi (VAs-RE) di kawasan Ranau adalah 19.17% daripada keseluruhan kawasan kajian adalah dikelaskan sebagai kemudahterancaman Sangat Rendah, 20.87% kemudahterancaman Rendah, 21.37% kemudahterancaman Sederhana, 19.94% kemudahterancaman Tinggi, dan 18.64% kemudahterancaman Sangat Tinggi. Peta Risiko Gempa Bumi (ERMap) melalui analisis Penganggaran Risiko Gempa Bumi (REst-RE) menunjukkan Tahap Risiko Gempa Bumi (ERD) 10% 27.03% daripada keseluruhan kawasan adalah dalam zon Berisiko Sangat Rendah, 27.86% dalam zon Berisiko Rendah, 24.42% dalam zon Berisiko Sederhana, 11.44% dalam zon Berisiko Tinggi, dan 9.25% dalam zon Berisiko Sangat Tinggi. Bagi ERD 2% , 34.09% daripada keselruhan kawasan adalah dalam zon Berisiko Sangat Rendah, 21.99% dalam zon Berisiko Rendah, 17.38% dalam zon Berisiko Sederhana, 18.95% dalam zon Berisiko Tinggi, dan 7.59% dalam zon Berisiko Sangat Tinggi. Zon Risiko Tinggi dan Sangat tinggi bagi ERD 10% dan ERD 2% masing-masing ialah 20.69% dan 26.54 daripada keluasan kawasan kajian. Zon Risiko Tinggi dan Sangat Tinggi terumpu bahagian tengah dan tenggara kawasan kajian disebabkan oleh pengaruh geologi dan sifat batuan yang lebih rapuh (Gravel Pinousuk dan zon sesar). Disamping elemen berisiko yang lebih tinggi menigkatkan lagi nilai kemudahterancaman dan mempengaruhi nilai ERD yang lebih tinggi. Penilaian Risiko Gempa Bumi (REv-RE) dijalankan berdasarkan lengkung F-N dan penentuan Indeks Toleransi Risiko (RTI-RE) mendapati bahawa tahap penerimaan masyarakat terhadap ancaman gempa bumi di Kawasan Ranau adalah bertoleransi dan tenang berbanding kawasan lain yang tiada ancaman gempa bumi. Mitigasi (RiMit-RE) mencadangkan dua kaedah iaitu mitigasi struktur dan mitigasi bukan struktur berdasarkan kepada analisis REv-RE sebagai usaha untuk mengurangkan risiko gempa bumi. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa model RiMS-RE melibatkan prosedur HI-RE, HAs-RE, REI-RE, VAs-RE, REst-RE, REv-RE dan RiMit-RE.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Risiko, Bencana alam, Sabah
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE500-639.5 Dynamic and structural geology > QE521-545 Volcanoes and earthquakes
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:19
Last Modified: 15 Jul 2024 10:19
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39086

Actions (login required)

View Item View Item