Sejarah pendidikan bahasa Kadazandusun, 1994-2018

Linah Bagu @ Siti Nurlina Abdullah (2023) Sejarah pendidikan bahasa Kadazandusun, 1994-2018. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (522kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Kajian ini memfokus kepada perkembangan Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Malaysia khususnya di Sabah dari tahun 1994 hingga 2018. Tujuan kajian adalah untuk menelusuri sejarah pelaksanaan pengajaran BKD secara tidak formal dan formal di sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT iaitu universiti dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Kajian ini turut meneroka dan menganalisis pencapaian serta kejayaan dalam pengajaran BKD di samping meneliti isu dan cabaran yang dihadapi serta usaha yang telah dilakukan untuk menanganinya. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dalam menjelaskan data daripada sumber primer yang diperolehi daripada arkib dan institusi berkaitan serta sumber sekunder melalui kaedah kepustakaan. Kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapatkan data tambahan yang menyokong sumber primer dan sekunder. Dapatan kajian mendapati bahawa pendidikan BKD telah genap 22 tahun dalam naratif pengajaran formal dengan pencapaian yang membanggakan dalam peperiksaan PMR dan SPM di sekolah serta bilangan graduan yang ramai di IPT. Walau bagaimanapun, pendidikan BKD telah melalui pelbagai isu dan cabaran yang telah menggugat kedudukannya sebagai bahasa ibunda/etnik dalam kurikulum kebangsaan. Isu utama yang timbul sejak awal perancangan pengajaran formal BKD di sekolah adalah pemilihan nama bahasa dan dialek piawai BKD. Isu ini telah diselesaikan melalui persefahaman dan permuafakatan dua persatuan utama yang mewakili masyarakat Kadazandusun iaitu Kadazandusun Cultural Association (KDCA) dan United Sabah Dusun Association (USDA) pada tahun 1995. BKD kini bukan sahaja diajar sebagai satu mata pelajaran dalam kurikulum kebangsaan malah dikembangkan sehingga ke peringkat antarabangsa. Namun demikian, BKD juga menghadapi pelbagai cabaran seperti ketidakseragaman istilah, kelayakan dan kemahiran tenaga pengajar, keupayaan dan kemahiran murid dan pelajar serta kekurangan bahan rujukan yang sesuai. Sebahagian besar cabaran tersebut telah ditangani dengan pelbagai usaha individu dan kumpulan yang terlibat sama ada di sekolah, universiti dan IPGM khususnya IPG Kampus Kent, Tuaran. Kajian tentang bahasa ibunda/etnik ini sangat penting dan berguna kepada pihak berkepentingan yang terlibat dengan perancangan, pelaksanaan dan pembangunan pendidikan BKD untuk mencapai hala tuju yang lebih cemerlang.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Dusun, Kadazan, Kadazandusun, Pendidikan Bahasa Kadazandusun, Sabah
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:22
Last Modified: 15 Jul 2024 10:22
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39095

Actions (login required)

View Item View Item