Sitinurbayu Mohd Yusoff (2023) Analisis semiotik dalam iklan TV Petronas sempena hari kebangsaan. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (284kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Pengiklanan televisyen sebagai wacana umum telah menggalakkan perbahasan dalam ruang publik di kalangan masyarakat. Maklumat boleh disebarkan menerusi pengiklanan, yang merupakan salah satu medium penyampaian mesej simbolik tentang nasionalisme secara umum dalam menonjolkan imej dan identiti sesebuah negara. Kajian ke atas iklan TV Petronas sempena Hari Kebangsaan dijalankan untuk melihat simbolisme yang dibawa menerusi iklan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan media dan temu bual mendalam. Pengkaji menggunakan analisis semiotik untuk mentafsir maksud mesej nasionalisme dalam iklan untuk lebih memahami bagaimana komunikator (pengiklan) membina mesej tema nasionalisme dalam iklan TV Petronas sempena Hari Kebangsaan. Analisis semiotik diaplikasikan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas terhadap simbol dan teks yang dipaparkan dalam iklan serta bagaimana kedua-dua elemen ini memberikan makna yang berguna kepada khalayak dan media. Hujah-hujah teori Semiotik Charles Sanders Peirce (1839-1914) dan Roland Barthes (1915-1980) membantu pengkaji untuk menjawab persoalan kajian. Temu bual dengan empat generasi warga Malaysia sekaligus menyokong hujah teori semiotik dalam penghasilan iklan TV. Manakala, makna tersirat telah ditafsir melalui penggunaan simbol dan prop dalam iklan TV Petronas sempena Hari Kebangsaan 2017 dan 2018. Rumusan kajian menjelaskan bahawa pengamal media memanipulasi iklan untuk menyampaikan mesej tersirat khusus untuk memupuk semangat nasionalisme. Pengkaji mengenal pasti tema yang digambarkan dalam plot iklan TV Petronas sempena Hari Kebangsaan dan kaitannya dengan 'pembinaan semangat nasionalisme di negara ini,' serta mentafsir mesej nasionalisme yang terkandung dalam plot iklan TV Petronas sempena Hari Kebangsaan. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman teori dan simbol semiotik berkaitan pengiklanan (komunikasi bukan lisan) dan penting bagi mereka yang terlibat dalam kajian komunikasi.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Hari Kebangsaan, Iklan TV Petronas, Teori semiotik, Nasionalisme, Wacana |
Subjects: | H Social Sciences > HF Commerce > HF1-6182 Commerce > HF5001-6182 Business > HF5801-6182 Advertising |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 15 Jul 2024 10:24 |
Last Modified: | 15 Jul 2024 10:24 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39098 |
Actions (login required)
View Item |