Keseimbangan dan keadilan sosio-budaya melalui ritual dan adat masyarakat Dusun Kimaragang, Di Tandek, Kota Marudu, Sabah

Jikat @ Binol Darimbang (2023) Keseimbangan dan keadilan sosio-budaya melalui ritual dan adat masyarakat Dusun Kimaragang, Di Tandek, Kota Marudu, Sabah. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (261kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (4MB)

Abstract

Kajian tesis ini berkenaan keseimbangan dan keadilan sosio-budaya melalui ritual dan adat masyarakat Dusun Kimaragang di Tandek, Kota Marudu. Terdapat kajian lepas berkenaan ritual sogit dan adat masyarakat Dusun Lotud di Tuaran, Kadazan Dusun di Tambunan, Kadazan di Penampang dan Papar, dan masyarakat Rungus di Kudat dan Pitas dan masyarakat lain. Namun belum ada kajian keseimbangan dan keadilan sosio-budaya melalui ritual dan undang-undang adat dalam kalangan masyarakat Dusun Kimaragang di Daerah Kota Marudu. Kajian ini mempunyai iiga objektif utama kajian iaitu: i) Mengenalpasti proses dan amalan korban sogit dalam siri ritual Monogit Pomogunan sebagai sistem pemulihan keseimbangan dan keadilan tradisi dalam masyarakat Dusun Kimaragang di Tandek, Kota Marudu, Sabah; ii) Mengkaji bagaimana amalan korban sogit menjadi asas sistem pemulihan keadilan dalam Mahkamah Anak Negeri dan amalan ritual sogit dalam undang-undang adat masyarakat Dusun Kimaragang di Tandek, Kota Marudu, Sabah; dan iii) Meneliti nilai sosial dan simbol dalam ritual sogit undang-undang adat masyarakat Dusun Kimaragang di Tandek, Kota Marudu, Sabah. Metodologi yang digunakan dalam penyelidikan kualitatif, terdiri daripada: kajian rintis, temu bual mendalam, sesi temu bual kumpulan fokus dan pemerhatian ikut serta bersama informan yang terdiri daripada: pengamal agama tradisi atau boboliyan, Ketua Anak Negeri di Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Marudu, Ketua Kampung di Kampung Nolotan, dan Kampung Salimandut, dan beberapa orang penduduk kampung di Tandek, sebagai informan penting bagi mendapatkan maklumat yang sahih, sekaligus memudahkan untuk memahami lagi ritual dan undang-undang adat. Selain itu kaedah rakaman audiovisual, digunakan untuk merakam rinait, dan proses ritual siri Monogit Pomogunan untuk tujuan dokumentasi, dan untuk diperlihatkan kembali kepada informan (boboliyan) bagi tujuan penjelasan secara menyeluruh berkenaan ritual siri Monogit Pomogunan dan memudahkan proses menyalin semula rinait, dan peralatan yang digunakan. Selain itu, pampasan adat sogit binatang sering diamalkan sebagai kaedah perdamaian oleh Mahkamah Anak Negeri di Daerah Kota Marudu untuk menyelesaikan konflik pertikaian, sementara pelaksanaan ritual sogit kepanasan kampung sebagai asas pelaksanaan siri Monogit Pomogunan akan diserahkan kepada seorang pakar boboliyan. Adat dan ritual sogit dipercayai dapat memulihkan keseimbangan dan keadilan serta mengandungi nilai-nilai murni sosial yang perlu diketahui oleh generasi masa hadapan khususnya masyarakat Dusun Kimaragang.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Adat, Sogit, Ritual Monogit Pomogunan, Boboliyan, Dusun Kimaragang
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:26
Last Modified: 15 Jul 2024 10:26
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39103

Actions (login required)

View Item View Item