Akad dalam takaful kenderaan dari perspektif ustaz dan ustazah di Malaysia

Hazmi Dahlan (2023) Akad dalam takaful kenderaan dari perspektif ustaz dan ustazah di Malaysia. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Takaful kenderaan yang digunakan oleh pengguna Muslim di Malaysia merupakan sebuah produk perlindungan yang sentiasa mendapat sambutan. Pengkaji berkeinginan untuk mengkaji penggunaan borang sebagai medium akad dalam takaful kenderaan disebabkan oleh berlakunya beberapa isu perselisihan pendapat antara pelanggan dan syarikat apabila berlaku tuntutan. Pemahaman pelanggan secara holistik atau hanya memahami sebahagiannya sahaja menjadi persoalan kepada pengkaji yang merangkumi konsep-konsep akad di dalam borang menjadikan perkara yang menarik untuk dikaji. Kajian ini merungkaikan pola pecahan rukun dan syarat akad yang mengukur kegunaan akad dalam borang takaful dan kefahaman serta penelitian oleh ustaz dan ustazah yang melibatkan seramai 255 orang sebagai pengguna takaful kenderaan. Berpandukan teori Maqasid al-Syariah (TMS) dan teori Tingkah Laku Pengguna Islam (TiCB) hasil dapatan kajian mendapati terdapat jurang bahagian tertentu rukun yang tidak jelas dalam kandungan akad. Bahagian yang tidak jelas ini menjadi faktor kegagalan memahami kandungan borang takaful kenderaan secara komprehensif. Data juga menunjukkan bahawa tidak semua ustaz dan ustazah mudah memperihalkan ketirisan akad dalam borang takaful melainkan mereka yang mempunyai kekerapan melanggan perkhidmatan tersebut di samping faktor-faktor tertentu iaitu salah satunya adalah umur yang melebihi 40 tahun. Kesan kajian ini memberikan gambaran bahawa pengguna Muslim dalam kalangan orang awam tidak mudah untuk memahami kandungan borang takaful kenderaan, apatah lagi untuk mengenal pasti akad yang terkandung apabila kesamaran akad hanya disedari oleh sebahagian daripada ustaz dan ustazah sahaja. Jika mengikut kaedah fiqh mengenai konsep akad situasi sebegini adalah terbatal jika kandungan akad tidak difahami oleh salah seorang yang melakukan akad. Selari dengan dapatan kajian, kajian ini menegaskan agar penelitian semula isi kandungan borang yang terkandung di dalamnya sebarang akad hendaklah dirungkaikan. Natijahnya, borang akad adalah medium penghubung antara pengguna Muslim dengan semua jenis produk takaful dan perbankan kewangan Islam di Malaysia.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Takaful, Kesamaran, Akad, Borang, Kenderaan, Ustaz, Ustazah, Kewangan dan Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Business, Economics and Accounting
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Jul 2024 15:43
Last Modified: 16 Jul 2024 15:43
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39107

Actions (login required)

View Item View Item