Penentuan faktor lokasi yang mempengaruhi nilai sewa harta komersial bandar Sandakan menggunakan GIS

Carlfee Yunus and Norhamidah Hamzah and Oliver Valentine Eboy and Nurul Ain Rosmadi and Norahsafikah Kasrah (2024) Penentuan faktor lokasi yang mempengaruhi nilai sewa harta komersial bandar Sandakan menggunakan GIS. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities (QJSSH), 5 (1). pp. 126-137.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (548kB) | Request a copy

Abstract

Bandar Sandakan merupakan bandar terawal dan tertua di Sabah yang pernah menjadi pusat pentadbiran dan ibu negeri Borneo Utara semasa zaman British dan masih mengalami pembangunan bandar yang semakin meningkat. Pembangunan bandar dari segi guna tanah komersial khususnya bagi aktiviti perniagaan bagi mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan rumah kedai. Aktiviti perniagaan ini telah menyumbang kepada pembangunan bandar dan ekonomi di bandar Sandakan. Dalam konteks ini, isu yang dapat dilihat adalah nilai sewa harta tanah komersial secara langsung telah mempengaruhi dan memberi impak yang besar kepada peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan melibatkan kawasan rumah kedai. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi nilai sewa harta tanah komersial di pusat bandar Sandakan, Sabah. Pendekatan yang digunakan untuk kajian ini adalah menggunakan kaedah mix-method. Kajian memperolehi data primer iaitu dengan mengedar borang soal selidik dan menemu bual informan bagi mendapatkan data nilai sewaan di rumah kedai dan kemudian menggunakan perisian Statistical Package for Social Studies (SPSS) untuk menganalisis data yang diperoleh. Kemudian, menggunakan perisian Sistem Maklumat Geografi (GIS) untuk membantu menganalisis faktor yang mempengaruhi nilai sewa tanah komersial yang mana kaedah Ordinary Least Square (OLS) telah digunakan untuk mencapai objektif kajian. Kaedah yang digunakan dapat membantu untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi nilai sewa rumah kedai di pusat bandar Sandakan, Sabah. Hasil analisis mendapati bahawa kemudahan yang disediakan di kawasan sekitar rumah kedai menjadi faktor utama yang mempengaruhi nilai sewa seperti kemudahan bank, farmasi, hotel, hutan, mekanik, pasar umum, pusat beli belah, pusat pelabuhan, stesen bas dan tempat pembuangan sampah.

Item Type: Article
Keyword: Nilai sewa, Harta tanah, Faktor lokasi, Ordinary Least Square ,OLS, Rumah kedai
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT165-476 Houses. Dwellings
H Social Sciences > HB Economic theory. Demography > HB1-3840 Economic theory. Demography
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Jul 2024 10:28
Last Modified: 15 Jul 2024 10:28
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39113

Actions (login required)

View Item View Item