Muhammad Nazri Yaacob (2011) Sebutan dan bacaan fonem-fonem konsonan bahasa Arab : Satu kajian terhadap pelajar Maktab rendah sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (285kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Kajian ini berkaitan dengan sebutan dan bacaan fonem-fonem konsonan bahasa Arab terhadap pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kota Kinabalu, sabah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh manakah latar belakang pendidikan pelajar dan faktor pengajaran guru terhadap sebutan dan bacaan fonem-fonem konsonan bahasa Arab. Seramai 76 orang pelajar Tingkatan Dua tahun 2009 dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini akan menggunakan borang soal selidik yang berpandukan kepada skala Likert bagi mendapatkan analisis setiap data kajian. Selain itu, pengkaji akan membuat rakaman setiap bacaan pelajar bagi mengetahui sejauh manakah ketepatan mereka menyebut makhraj-makhraj (kawasan letak huruf) dan sifat-sifat fonem Arab. Dapatan kajian ini akan dianalisis bagi membolehkan pengkaji membuat cadangan-cadangan untuk perhatian dan tindakan pihak pengurusan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), para guru bahasa Arab dan juga pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Sebutan dan bacaan, Bahasa Arab, Maktab Rendah Sains MARA, MRSM |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language |
Department: | SCHOOL > School of Social Sciences |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 09:18 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 09:18 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39143 |
Actions (login required)
View Item |