Ahmad Riduan Bahauddin (2011) Kecenderungan rasa di kalangan etnik Kadazandusun di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (870kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Kajian ini dijalankan bagi menentukan nilai ambang rasa pengenalan dan kecenderungan rasa bagi 3 rasa asas (manis, masin dan masam) berdasarkan lokasi (pedalaman dan pesisir pantai) dan pengambilan makanan di kalangan etnik Kadazandusun di Sabah. Seramai 200 orang berumur di antara 20-55 tahun dipilih secara rawak (strata) untuk menjadi panel kajian ini. Kaedah 3 Alternatif Pilihan Secara Paksaan (3AFC) bagi menentukan nilai ambang rasa manakala ujian hedonik digunakan untuk menentukan kecenderungan rasa. Borang soal selidik (FFQ) digunakan bagi mengkaji tabiat dan pengambilan makanan. Panel dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan kekerapan pengambilan makanan yang berkaitan dengan rasa asas yang dikaji (rendah, sederhana, tinggi). Panel pedalaman mempunyai nilai ambang rasa manis (10.97±3.69 g/L) dan masin (1.14±0.38 g/L) yang lebih rendah berbanding panel pesisir pantai (manis=11.56±3.71 g/L; masin=1.23±0.39 g/L) bagi semua rasa asas yang dikaji kecuali rasa masam. Bagi tahap kepekatan dan tahap kesukaan, pola respons panel adalah berbeza berdasarkan geografi dan pengambilan makanan bagi rasa manis dan masam. Tiada perbezaan yang signifikan dicatatkan bagi rasa masin (p>0.05). Kedua-dua kumpulan panel lebih menyukai stimuli asas di mana kepekatannya adalah sama dengan produk pasaran yang digunakan di dalam kajian. Terdapat kolerasi positif di antara ambang rasa dan kepekatan yang disukai dan juga di antara pengambilan makanan dan kepekatan yang disukai (p<0.01). Namun begitu, tiada kolerasi di antara nilai ambang rasa dan pengambilan makanan (p>0.01). Individu yang menyukai makanan yang berkepekatan tinggi lebih cenderung untuk mempunyai nilai ambang rasa yang lebih tinggi dan pengambilan makanan yang lebih tinggi bagi satu-satu rasa. Faktor lokasi dan budaya mempengaruhi perbezaan penerimaan rasa etnik Kadazandusun. Namun, pendedahan dan pengalaman erhadap sesuatu sensasi rasa memberikan impak yang lebih besar terhadap penerimaan rasa individu.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | kecenderungan rasa, Kadazandusun, Sabah |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GT Manners and customs > GT1-7070 Manners and customs (General) > GT2400-3390.5 Customs relative to private life Including children, marriage, eating and drinking, funeral customs, etc. |
Department: | SCHOOL > School of Food Science and Nutrition |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 09:19 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 09:19 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39145 |
Actions (login required)
View Item |