Potensi eksplorasi batu arang di Pinangah, Sabah dan pengaruh terhadap alam sekitar

Nightingale Lian Marto (2011) Potensi eksplorasi batu arang di Pinangah, Sabah dan pengaruh terhadap alam sekitar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (7MB)

Abstract

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber hasil bumi, namun ketidakcekapan dalam penggunaan tenaga dan sumber, ditambah lagi dengan pembangunan negara dan pemotoran yang pesat membangun, akan memberikan kesan kepada alam sekitar. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisa dan mengenalpasti kandungan dalam sumber batu arang di kawasan Pinangah seperti kelembapan, abu, peruapan, nilai kalori, jumlah sulfur, jumlah unsur karbon, nitrogen dan hidrogen yang terdapat dalam batu arang di kawasan Pinangah. Arang batu di kawasan Pinangah ini terdapat dalam Formasi Parameter ini digunakan untuk mengenalpasti potensi sumber ini untuk dieksplorasi dan diekstrak. Kajian ini juga membincangkan ramalan potensi kesan dan pengaruh eksplorasi kawasan yang berpotensi ini terhadap sekitaran. Data daripada 37 sampel telah diambil dan analisis yang dibuat melibatkan analisis proximate dan analisis ultimate. Daripada analisis, didapati batu arang yang ditemui di kawasan Pinangah ini tergolong di dalam kelas “high volatile A to C bituminous (hvAb to hvCb)”. Batu arang ini dicirikan oleh kandungan sulfur rendah, abu rendah, peruapan tinggi dan kandungan nitrogen rendah. Kawasan batu arang di Pinangah merupakan satu kawasan yang berpotensi untuk di ekstrak dan ramalan terhadap potensi masalah alam sekitar utama telah dijangkakan seperti seperti hakisan tanah dan tanah runtuh, pencemaran air, pencemaran udara, penghasilan sisa, impak kepada ekologi dan impak sosio ekonomi.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: sumber hasil bumi, Batu arang, Pinangah, Alam sekitar
Subjects: T Technology > TN Mining engineering. Metallurgy > TN1-997 Mining engineering. Metallurgy > TN799.5-948 Nonmetallic minerals
Department: SCHOOL > School of Science and Technology
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jul 2024 11:46
Last Modified: 31 Jul 2024 11:46
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39150

Actions (login required)

View Item View Item