Proses Kemerdekaan Sabah Dan Sarawak (1961-1963): Tinjauan Kembali Aplikasi Perundangan Dalam Penubuhan Malaysia

A Rahman Tang Abdullah and Saidah Alih (2017) Proses Kemerdekaan Sabah Dan Sarawak (1961-1963): Tinjauan Kembali Aplikasi Perundangan Dalam Penubuhan Malaysia. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 44. pp. 24-57. ISSN 0126-5644

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (40kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (340kB)

Abstract

Makalah ini membincangkan isu-isu perundangan yang berkaitan dengan perdebatan berkenaan status-quo Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Persekutuan Malaysia dalam konteks sejarah dalam tempoh 1961-1963. Isu-isu perundangan yang dikaitkan dengan kedudukan Sabah dan Sarawak masih mendominasi perdebatan politik di Malaysia. Perdebatan ini berpunca daripada isu-isu yang dikaitkan dengan Memorandum 20 Perkara, perjanjian penubuhan Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Pada masa yang sama, perdebatan tersebut mempersoalkan keabsahan Laporan Suruhanjaya Cobbold yang mengesahkan suara majoriti rakyat di kedua-dua buah wilayah tersebut untuk menyertai Persekutuan Malaysia. Laporan ini juga telah menjadi asas permulaan yang membawa kepada proses penggubalan Perlembagaan Malaysia melalui Laporan Jawatan Kuasa Antara Kerajaan. Seterusnya, penubuhan Malaysia telah dimeteraikan melalui Perjanjian Malaysia yang ditandatangani pada 9 Julai 1963. Perjanjian Malaysia ini memberikan jalan kepada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 yang memperuntukkan kedudukan kedua-dua wilayah tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Situasi ini juga melibatkan applikasi perundangan kepada kemerdekaan Sabah dan Singapura (31 Ogos 1963) dan penubuhan Persekutuan Malaysia (16 September 1963) yang didasarkan kepada status-quo perundangan yang dikaitkan dengan perjanjian Malaysia itu sendiri dan kemudiannya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia tahun 1963. Isu kemerdekaan ini semakin dikelirukan lagi dengan mitos pengisytiharan hari kemerdekaan Sarawak pada 22 Julai 1963 yang hanya merupakan sentiment politik masa kini dan ia tidak berdasarkan kepada asas sejarah.

Item Type: Article
Keyword: Malaysia, Sabah, Sarawak, Legal Application, Independence
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 15 Jul 2024 12:15
Last Modified: 15 Jul 2024 12:15
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39184

Actions (login required)

View Item View Item