Arman Ab Sani and Muhammad Idris bin Bullare @ Bahari and Peter Voo Su Kiong (2023) Strategi Penyesuaian Akademik dalam kalangan Guru Pelatih OKU Penglihatan Di Sebuah Institut Pendidikan Guru. JURNAL ILMI, 13 (1). pp. 1-9. ISSN 1823-9102
Text
ABSTRACT.pdf Download (37kB) |
|
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (302kB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti strategi penyesuaian akademik dalam kalangan guru pelatih Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan di sebuah Institut Pendidikan Guru. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Teknik persampelan bertujuan digunakan yang melibatkan lima orang peserta kajian yang merupakan guru pelatih OKU penglihatan di sebuah Institut Pendidikan Guru. Alat kajian yang digunakan ialah temu bual tidak berstruktur. Dalam menganalisis data yang dikumpul, pengkaji menggunakan pengkajian kualitatif deskriptif iaitu proses menganalisis data daripada temu bual yang telah dibuat Dapatan kajian menjawab persoalan kajian yang dikemukakan iaitu apakah strategi dalam menghadapi penyesuaian akademik dalam kalangan guru pelatih OKU penglihatan di Institut Pendidikan Guru. Antara strategi penyesuaian akademik yang dikenalpasti dalam kalangan siswa guru pelatih OKU penglihatan ini ialah daya tindak, efikasi kendiri dan gaya mengatasi. Beberapa cadangan perlu diambil kira iaitu peranan IPGM dan IPGK dalam membantu guru pelatih OKU penglihatan dalam penyediaan kemudahan, perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membantu dalam strategi penyesuaian akademik mereka.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Strategi , penyesuaian akademik, siswa guru pelatih, Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan, Institut Pendidikan Guru (IPG) |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions > LG21-395 Asia > LG173 Malaysia L Education > LG Individual institutions - Asia, Africa, Indian Ocean islands, Australia, New Zealand, Pacific islands > LG21-961 Individual institutions |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | ABDULLAH BIN SABUDIN - |
Date Deposited: | 19 Jul 2024 16:13 |
Last Modified: | 19 Jul 2024 16:13 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39225 |
Actions (login required)
View Item |