Pengaruh kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid pendidikan Islam di daerah Tuaran

Tuty Alawyia Misbah (2016) Pengaruh kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid pendidikan Islam di daerah Tuaran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (534kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pengaruh dan hubungan kaedah permainan dan nyanyian terhadap sikap murid Pendidikan Islam. Responden terdiri daripada 240 orang murid tahun Lima di 11 buah sekolah rendah kebangsaan, di daerah Tuaran telah dipilih. Data yang dikumpul dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian SPSS 21.0. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran min, sisihan piawai, manakala statistik inferensi melibatkan ujian-t tidak bersandar, korelasi Pearson dan regresi berganda untuk menguji hipotesis-hipotesis kajian. Melalui soal selidik yang yang diberikan, responden diminta menjawab 26 item pelaksanaan aktiviti permainan dan nyanyian yang dijalankan oleh guru dan 12 item tentang sikap murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Secara keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kalangan responden lelaki dan perempuan bagi kedua-dua variabel kaedah dan sikap murid. Dapatan kajian mendapati terdapat hubungan yang positif tetapi sederhana antara kaedah permainan dan nyanyian dengan sikap murid bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Selain itu, analisis regresi mendapati hanya terdapat kaedah permainan yang mempengaruhi secara signifikan terhadap sikap murid iaitu sebanyak 21.1 peratus. Dapatan kajian ini memberikan implikasi kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam iaitu bagi meningkatkan sikap murid, seharusnya pendekatan pengajaran berpusatkan murid diamalkan agar dapat membentuk sikap yang positif dalam kalangan murid untuk mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Sikap, Pendidikan Islam, Permainan dan nyanyian
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: FACULTY > Faculty of Psychology and Education
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 31 Jul 2024 11:48
Last Modified: 31 Jul 2024 11:48
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39287

Actions (login required)

View Item View Item