Asmiaty Amat (2024) Pantun: Kata Dan Bunyi Membentuk Makna. MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 35 (1). pp. 1-13. ISSN 1511-1989
![]() |
Text
FULL TEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Pantun adalah puisi lisan Melayu ciptaan peribumi yang ada di Nusantara. Penggunaan pantun dalam semua bentuk komunikasi lisan adalah sebahagian daripada etos budaya lisan. Pilihan kata yang tepat akan memberikan makna yang hebat. Oleh sebab pantun adalah hasil komunikasi bersemuka, maka pantun yang dilontarkan harus bijaksana, halus dan berkias. Dalam kespontanan inilah kecekapan dalam memilih perkataan yang tepat sangat dituntut agar kelangsungan pembicara tidak dianggap biadab, bebal atau mengguris perasaan si penerima. Menerusi pantun, sindiran, kritikan dan teguran disuguhkan secara halus tersirat namun dapat dimengertikan dalam konteks sesuatu situasi. Artikel ini cuba melihat pantun sebagai hasil kreativiti seni berbahasa yang lahir daripada budaya kelisanan. Ia turut meneliti bagaimana pilihan kata dan makna yang terbentuk daripadanya mempengaruhi bentuk, struktur dan pemikiran pantun. Melalui penggunaan data-data pantun tradisional, koleksi pantun yang dianggap paling hampir dengan situasi masyarakat pratulisan dan pramoden dipilih sebagai korpus analisis. Contohnya, pantun dari teks-teks lisan (Brunei) selain daripada koleksi penutur-penutur sastera lisan seperti Himpunan Pantun Karya Agung Pantun Melayu Bingkisan Permata (2001), Koleksi Hamilton (1959), Koleksi Pantun Melayu oleh Wilkinson dan Winstedt (1961). Data dianalisis secara tekstual dengan berpedomankan etnolinguistik sebagai satu kaedah memahami makna menerusi budaya penutur. Dapatan memperlihatkan betapa pemilihan kata dalam pantun yang dihasilkan jelas mempersatukan antara ritma dan makna bagi menjadikan pantun memiliki nilai yang hebat.
Item Type: | Article |
---|---|
Keyword: | Pantun, Kelisanan, Kata, Bunyi dan makna |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | SITI AZIZAH BINTI IDRIS - |
Date Deposited: | 26 Jul 2024 10:53 |
Last Modified: | 26 Jul 2024 10:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39321 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |