Konsep Latar Set Dalam Filem Animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal: Satu Analisis Interpretasi Komposisi

Cristhiee Shenna Chin and Imelda Ann Achin (2024) Konsep Latar Set Dalam Filem Animasi Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal: Satu Analisis Interpretasi Komposisi. Gendang Alam, 14 (1). pp. 44-51. ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (42kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (534kB) | Request a copy

Abstract

Konsep seni yang berkualiti tinggi serta penceritaan yang menarik perhatian penonton telah berjaya membawa filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal oleh Les’ Copaque yang dikeluarkan pada tahun 2019, sekaligus disenaraikan dalam Anugerah Oscar. Walaupun tidak disenaraikan dalam pencalonan akhir, kejayaan ini telah mengharumkan nama negara diperingkat antarabangsa kerana ini membuktikan bahawa industri filem animasi negara mampu bersaing dengan negara lain. Namun begitu, idea dan imaginasi yang kreatif adalah penting bagi menghasilkan konsep seni yang berkualiti tetapi ramai artis konsep seni masih mengalami masalah dalam menjana idea. Oleh itu, objektif utama dalam penulisan bertujuan untuk menganalisis konsep latar set filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal dengan menggunakan pendekatan interpretasi komposisi yang diperkenalkan oleh Rose (2016). Melalui pendekatan ini, konsep latar set dihuraikan melalui elemen-elemen yang terdapat dalam interpretasi komposisi. Hasil kajian ini mendapati bahawa konsep latar set dalam filem animasi Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal banyak menggunakan ilustrasi konsep seni yang berinspirasikan elemen makanan tempatan. Diharapkan kajian ini dapat membantu artis konsep seni tempatan untuk menghasilkan konsep seni kerana kualiti filem animasi bermula daripada konsep seni yang baik.

Item Type: Article
Keyword: Konsep seni, Latar set, Animasi, Upin & Ipin
Subjects: N Fine Arts > NC Drawing. Design. Illustration > NC1-1940 Drawing. Design. Illustration > NC1300-1766 Pictorial humor, caricature, etc.
T Technology > TR Photography > TR1-1050 Photography > TR845-899 Cinematography. Motion pictures
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Aug 2024 09:23
Last Modified: 05 Aug 2024 09:23
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39361

Actions (login required)

View Item View Item