Interpretasi Catan ‘Gunung Kinabalu Menangis’ Oleh Baron Kampiau Sebating

Abal Mukam Mislin and Musnin Misdih and Humin Jusilin (2024) Interpretasi Catan ‘Gunung Kinabalu Menangis’ Oleh Baron Kampiau Sebating. Gendang Alam, 14 (1). pp. 80-92. ISSN 2180-1738

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (383kB) | Request a copy

Abstract

Imej Gunung Kinabalu adalah hal benda yang paling digemari oleh pelukis-pelukis Sabah. Kecenderungan ini telah berlaku sekian lama iaitu sejak tahun 1960-an ramai pelukis tempatan Sabah seperti pelukis legenda seperti Benedict Chong (1960-an), Lakim Haji Kassim (1970- an) dan pelukis generasi muda yang prolifik seperti Baron Kampiau (1990-an) mengekspresikan Gunung Kinabalu sebagai hal benda utama dalam catannya. Takrifan Catan Kinabalu adalah merujuk kepada karya catan yang mengidealisasi imej Gunung Kinabalu sebagai hal benda secara metafora yang menjelaskan tujuan dan makna tertentu khususnya berkaitan isu-isu budaya di Sabah. Berdasarkan karya Baron Kempiau Sebating, isu budaya dan identiti Sabah dianalisis melalui pendekatan ikonografi terhadap aspek-aspek formal yang dipaparkan. Pelukis ini dipilih mewakili etnik Kadazandusun untuk menilai ekspresi ikon Gunung Kinabalu sebagai tunjang manifestasi budaya dan kepercayaan mereka yang signifikan dengan Catan Kinabalu. Data melalui temu bual awal, menunjukkan pernyataan idea ekspresif pelukis terdorong dengan unsur kebanggaan, keagungan dan keunggulan Gunung Kinabalu sebagai gunung tertinggi di Asia Tenggara. Imej Gunung Kinabalu digarap sebagai simbolisme yang memberi makna tentang tatacara hidup masyarakat Sabah seperti adat istiadat, pantang larang dan amalan harian. Catan Kinabalu berfungsi sebagai ikon visual yang menterjemahkan isu dan makna budaya tempatan di Sabah. Dapatan Kajian ini menjelaskan bahawa Catan Kinabalu menjadi saluran komunikasi kepada pelukis Sabah untuk menyalurkan kesedaran kepada audiens tentang budaya Sabah. Mereka meletakkan Catan Kinabalu sebagai saluran manifestasi putaran budaya yang harus dikekalkan. Karya Catan Kinabalu berperanan untuk mempertahankan warisan budaya Sabah.

Item Type: Article
Keyword: Ikon, Catan, Imej Kinabalu, Budaya, Pelukis Sabah
Subjects: N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting > ND1288-1460 Special subjects > ND1340-1367 Landscape painting
Department: FACULTY > Academy of Arts and Creative Technology
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Aug 2024 09:24
Last Modified: 05 Aug 2024 09:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39362

Actions (login required)

View Item View Item