Mitos dan lagenda Murut Tahol dalam konteks perubatan tradisional

Normadiah Nassir (2016) Mitos dan lagenda Murut Tahol dalam konteks perubatan tradisional. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGE.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (5MB)

Abstract

Mitos dan legenda ialah naratif lisan yang dipercayai benar oleh sesetengah orang sehingga ke masa ini. Pengkaji mitos dan legenda mendapati bahawa kedua-dua genre sastera rakyat ini mengandungi unsur kepercayaan dan ilmu pengetahuan orang yang terdahulu. Fokus kajian ini adalah terhadap unsur kepercayaan dan kearifan tempatan yang terkandung dalam mitos dan legenda yang berkait dengan perubatan tradisional etnik Murut Tahol. Dalam kajian ini, kerja lapangan menemu bual informan yang berketurunan Murut Tahol di Daerah Kecil Kemabong, Tenom telah dijalankan. Sejumlah tujuh buah mitos dan tiga puluh dua buah legenda yang berkait dengan perubatan tradisional etnik Murut Tahol telah dirakam, ditranskripsi dan dikategorikan menurut tema-tema. Tema-tema yang telah dikenal pasti seperti penciptaan dunia, asal usul manusia dan tumbuh-tumbuhan, asal usul bomoh, banjir besar, mimpi, tunjuk ajar makhluk ghaib dan banyak lagi akan dikupas berasaskan analisis Hermeneutics. Selain itu, ilmu mengenal pasti jenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang sesuai dijadikan ubat, pantang larang dan kaedah-kaedah penyediaan ubat-ubatan daripada tumbuh-tumbuhan tertentu turut akan dibincang dalam kajian ini. Kajian mendapati bahawa kepercayaan terhadap kuasa Aki Kaulung (Pencipta Murut Tahol), semangat baik, mimpi, kuasa ghaib dan pengalaman perubatan peribadi telah mempengaruhi amalan perubatan rohani dan fizikal etnik Murut Tahol sejak dari dahulu. Dari aspek lain, ilmu pengetahuan terhadap kawasan hutan yang ditumbuhi tumbuh-tumbuhan berubat, kaedah mengenal pasti ciri-ciri khusus pada tumbuh-tumbuhan, pengalaman serta pengetahuan menyediakan ubat-ubatan telah menonjolkan kearifan tempatan yang dimiliki oleh etnik Murut Tahol. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa mitos dan legenda amat mempengaruhi kepercayaan, pengamalan dan keyakinan pengamal perubatan tradisional etnik Murut Tahol secara turun-temurun.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Mitos, Murut Tahol, Perubatan tradisional
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR99.6-390 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Aug 2024 09:24
Last Modified: 05 Aug 2024 09:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39370

Actions (login required)

View Item View Item