Maqasid Pendidikan Rabbani Terhadap Anak-anak: Adaptasi Daripada Ayat 12 Hingga 19 Surah Luqman

Abdul Azib Hussain and Nik Muhammad Abdul Hayyi Nik Idris (2023) Maqasid Pendidikan Rabbani Terhadap Anak-anak: Adaptasi Daripada Ayat 12 Hingga 19 Surah Luqman.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (41kB)
[img] Text
FULL TEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (10MB)

Abstract

Pendidikan merupakan keperluan penting bagi setiap peringkat umur secara umumnya dan anak-anak secara khusus. Antara objektif utama pendidikan adalah untuk membina individu yang soleh dan mampu membentuk masyarakat yang menghayati nilai akhlak yang tinggi di dalam kehidupan. Maqasid pendidikan ini perlu diterapkan kepada anak-anak sejak mereka masih kecil lagi. Dalam surah Luqman ayat 12 hingga 19 terdapat suluhan dan panduan wahyu mengenai maqasid pendidikan rabbani terhadap anak-anak. Oleh itu kajian ini ingin mengetengahkan perbahasan mengenai maqasid pendidikan rabbani terhadap anak-anak yang diadaptasi daripada ayat-ayat dalam surah Luqman tersebut. Kajian ini berbentuk kualitatif menggunakan metode kepustakaan. Data-data kajian dirujuk daripada al-Quran dan hadis di samping sumber-sumber bertulis dan Internet seperti buku, jurnal, disertasi dan makalah. Data-data ini kemudian dianalisis menggunakan metode induktif, deduktif dan deskriptif. Hasil kajian menemui terdapat tiga dimensi utama maqasid pendidikan rabbani yang diketengahkan daripada ayat 12 hingga 19 dalam surah Luqman iaitu: (a) Dimensi maqasid pendidikan rabbani nafsiy; (b) Dimensi maqasid pendidikan rabbani ‘aqliy, dan; (c) Dimensi maqasid pendidikan rabbani ijtima’iy.

Item Type: Proceedings
Keyword: Maqasid pendidikan rabbani, Pendidikan awal, Surah Luqman, ayat 12 hingga 19.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B1-5802 Philosophy (General) > B108-5802 By period Including individual philosophers and schools of philosophy
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1-610 Islam. Bahai Faith. Theosophy, etc. > BP1-253 Islam
Department: FACULTY > Faculty of Islamic Studies
Depositing User: SITI AZIZAH BINTI IDRIS -
Date Deposited: 05 Aug 2024 10:10
Last Modified: 05 Aug 2024 10:10
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39393

Actions (login required)

View Item View Item