Dekon MAKUM : suatu identiti baharu dalam seni pementasan teater Malaysia

Weena Samanggang (2016) Dekon MAKUM : suatu identiti baharu dalam seni pementasan teater Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (548kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan menganalisis genre seni pementasan Dekon MAKUM yang telah berkembang di Malaysia sejak 2001, perkembangan ini terfokus khususnya di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Dekon bermula dengan ilham Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Kemunculan seni pementasan Dekon versi MAKUM merupakan satu proses penambahbaikan dan inovasi dari segi konsep pementasan yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan hal ini sedikit menimbulkan polemik dalam kalangan pengiat seni Dekon. Namun, inovasi yang dilakukan oleh UMS merupakan satu proses pengukuhan dan pemantapan genre ini. Dekon versi MAKUM masih mengekalkan ciri-ciri asas yang diciptaan oleh A. Samad Said antaranya peranan dekonis yang versatile, berperanan sebagai pencerita dan menukar watak di atas pentas tanpa perlu kebelakang pentas dan pertukaran ini disaksikan langsung oleh penonton. Inovasi yang dianjurkan dalam pementasan Dekon versi MAKUM pertama menerusi visual pentas seperti penggunaan multimedia dan mengetengahkan konsep kesederhanaan atau multipurpose dalam setiap aspek sinografi dan pelakon. Kedua menerusi naskah iaitu bahasa yang disusun lebih indah, beremosi dan falsafah bahasa yang tinggi, dan menggunakan teknik naratif dalam penulisan, peranan dekonis utama sebagai pencerita yang berperanan sebagai narator yang akan bercerita dan turut dibantu oleh dua orang dekonis pembantu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Dekon MAKUM, Seni, Datuk A. Samad Said
Subjects: N Fine Arts > NX Arts in general > NX1-820 Arts in general > NX440-632 History of the arts
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Aug 2024 10:16
Last Modified: 05 Aug 2024 10:16
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39401

Actions (login required)

View Item View Item