Analisis retorik terhadap ayat Mutashabihat dalam Al-Quran

Nor Ain Manap (2016) Analisis retorik terhadap ayat Mutashabihat dalam Al-Quran. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (3MB)

Abstract

Kajian ini merupakan satu kajian ilmu retorik Arab yang mengetengahkan dua jenis gaya bahasa iaitu tashbīh (simile) dan isti‘arah (metafora) daripada cabang ilmu Bayān di dalam al-Quran. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis data atau tekstual secara keseluruhannya. Kajian ini menganalisis kedua-dua gaya bahasa dalam ayat mutashābihāt atau ayat samar daripada empat buah surah Sab‘u Ṭiwāl (surah-surah panjang) iaitu surah al-Baqarah, Āli-‘Imrān, al-Nisā’ dan al-An‘ām. Penulis telah menggunakan beberapa buah kitab tafsir dan ilmu balāghah untuk dijadikan bahan rujukan. Pelbagai pendapat ulama juga diambil kira agar objektif kajian ini dapat dicapai. Al-Quran tidak dapat dipisahkan daripada kedua-dua elemen gaya bahasa ini, yang mempunyai rukun yang tersendiri dalam pembinaannya. Tashbīh terdiri daripada empat rukun iaitu mushabbah, mushabbah bih, adāh tashbīh dan wajh shabah. Manakala isti‘arah pula terdiri daripada tiga rukun iaitu musta‘ār, musta‘ār lah dan musta‘ār minh. Kedua-duanya mempunyai jenis yang berbeza mengikut keadaan dan kewujudan rukun-rukunnya. Kajian ini juga memperlihatkan lagi kemukjizatan gaya bahasa al-Quran dan maknanya yang tersirat selain daripada makna yang tersurat. Analisis menunjukkan terdapat banyak gaya bahasa tashbīh dan isti‘arah dalam ayat mutashābihāt pada keempat-empat buah surah terutamanya di dalam surah surah al-Baqarah, Āli-‘Imrān dan al-An‘ām. Antara jenis tashbīh yang banyak digunakan adalah Tashbīh Mursal Mufaṣṣal dan Mursal Mujmal, manakala jenis isti‘arah pula adalah Isti‘arah Taṣrihīyyah Tab‘iyyah dan Isti‘arah Taṣrihīyyah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Arab, Mutashābihāt, Tashbīh, Isti‘arah, Al-Quran
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > PJ1-(9500) Oriental philology and literature > PJ6001-8517 Arabic > PJ6073-7144 Language
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 05 Aug 2024 10:18
Last Modified: 05 Aug 2024 10:18
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39407

Actions (login required)

View Item View Item