Melati Jilon (2016) Emansipasi guru Sekolah Menengah melalui kajian tindakan. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (507kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (6MB) |
Abstract
Tesis yang dihasilkan ini berkisar tentang kajian kes yang memfokuskan tentang amalan kajian tindakan oleh guru sekolah menengah di negeri Sabah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meneroka tentang amalan kajian tindakan guru sekolah menengah di negeri Sabah terhadap pengembangan emansipasi guru untuk melakukan transformasi pengurusan pengajaran di bilik darjah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kes secara kualitatif dengan menggunakan teknik temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian ini dikategorikan sebagai multisite studies kerana mempunyai kes dan tempat kajian yang lebih daripada satu. Kajian ini dianalisis dengan menggunakan teknik analisis dalam kes (Within-Case analysis) sebelum dianalisis semula secara bersilang kes (Cross-Case analysis). Data dianalisis menggunakan analisis Tematik (Thematic Analysis) yang mengenal pasti, menganalisis dan melaporkan corak tema dalam data. Penentuan sampel adalah berdasarkan reka bentuk persampelan bertujuan. Kajian ini melibatkan tujuh orang guru yang bertugas di tujuh buah sekolah menengah di negeri Sabah. Dapatan kajian menunjukkan amalan kajian tindakan oleh guru mampu untuk mengembangkan emansipasi guru dan seterusnya melakukan transformasi pengurusan pengajaran di bilik darjah. Amalan kajian tindakan dapat merealisasikan transformasi pengurusan pengajaran guru di bilik darjah. dengan mempamerkan tentang keupayaan para guru untuk mempersoalkan tentang amalan sendiri, berfikir secara kritikal, menekankan nilai kesamarataan dan prinsip demokratik terhadap amalan masing-masing di bilik darjah. Walaupun emansipasi merupakan istilah yang abstrak tetapi dalam konteks kajian ini proses pengembangan emansipasi guru diterjemahkan menerusi maknanya secara konkrit dengan wujudnya transformasi pengurusan pengajaran oleh guru di bilik darjah. Apa yang pasti para guru yang mengamalkan kajian tindakan berupaya untuk merealisasikan transformasi pengurusan pengajaran masing-masing di bilik darjah sekaligus mengaplikasikan perubahan terhadap amalan seiring dengan arus globalisasi masa kini.
Item Type: | Thesis (Doctoral) |
---|---|
Keyword: | Amalan Kajian tindakan, Emansipasi Guru, Transformasi Pengurusan Pengajaran, Mempersoalkan tentang amalan, Pemikiran Kritikal, Nilai Kesamarataan, Prinsip Demokratik |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2801-3095 School administration and organization > LB3011-3095 School management and discipline |
Department: | FACULTY > Faculty of Psychology and Education |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 05 Aug 2024 10:23 |
Last Modified: | 05 Aug 2024 10:23 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39417 |
Actions (login required)
View Item |