Amirulnizam Jamaludin (2016) Ragam hias dalam objek budaya dan hubungannya dalam kehidupan masyarakat Bajau Kota Belud. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (671kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (18MB) |
Abstract
Tesis ini mempernyatakan ikon dan motif yang terkandung dalam ragam hias objek budaya masyarakat Bajau di Kota Belud. Permasalahan kajian ialah keaslian motif dan ragam hias yang agak kurang jelas kerana peredaran masa. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti dan mengetahui ragam hias serta hubungannya dalam masyarakat Bajau. Penyelidikan bersifat kajian lapangan yang berfokuskan di beberapa buah kampung di daerah Kota Belud, Sabah yang menampilkan pelbagai ragam hias dan bentuk seperti parang berukir, usungan, pakaian tradisi, kuda berhias, pelamin dan kraftangan tudung duang. Ragam hias objek budaya diperolehi di lokasi kajian melalui pemerhatian didalam sesuatu upacara adat, temu bual dengan pandai ukir, pandai anyam dan rakaman audio visual. Maklumat tentang sejarah, budaya masyarakat Bajau didapati daripada kajian-kajian dan penulisan terdahulu yang berkaitan masyarakat Bajau, ragam hias dan simbol. Analisis yang bersifat deskriptif diaplikasikan untuk membuat interpretasi ikon dalam objek budaya. Penyelidik telah mendapatkan serta menemubual respondan seramai 41 orang.Penyelidik telah mengaplikasikan teori ethnografi dan ikonografi yang bercirikan teori Erwin Panofsky dan Feldman. Kupasan tentang ragam hias objek budaya dikaitkan dengan tema dan motif yang diilhamkan daripada alam kosmos, objek persekitaran dan alam semulajadi. Kajian mendapati bahawa motif-motif ikon dalam objek budaya ini bercirikan nilai estetika, nilai intelek, status sosial, perlambangan dan perayaan. Penyelidikan ini merumuskan bahawa ragam hias dan bentuk objek budaya masyarakat Bajau Kota Belud adalah representasi daripada flora, fauna dan objek yang berkaitan dengan kehidupan mereka seharian. Representasi imej melalui ikon dan ragam hias masyarakat Bajau adalah ekspreasi kreatif yang terhasil daripada persepsi mereka terhadap alam sekeliling dan kosmologi mereka. Kajian ini penting sebagai sebuah dokumen seni visual untuk memartabatkan falsafah dan minda Bajau sebagai satu wadah ilmu dan pengetahuan agar diangkat menjadi satu khazanah warisan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Budaya, Masyarakat, Bajau, Kota Belud |
Subjects: | N Fine Arts > NK Decorative arts > NK1-(9990) Decorative arts > NK1160-1590 Decoration and ornament. Design > NK 1175-(1498) History |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 05 Aug 2024 11:00 |
Last Modified: | 05 Aug 2024 11:00 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39424 |
Actions (login required)
View Item |