Datu Mohd. Mazudah Indal Jaya (2015) Cerita jenaka Bajau di Pulau Bum-Bum Semporna, Sabah : analisis unsur kejanggalan dan kesan positif humor terhadap kesihatan emosi pendengar. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (688kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (2MB) |
Abstract
Cerita jenaka merupakan salah satu genre cerita rakyat, yang mengandungi unsur-unsur jenaka. Cerita jenaka bukan sahaja menimbulkan rasa geli hati bagi orang yang mendengarnya, bahkan pencerita yang menceritakannya. Cerita jenaka sememangnya diminati ramai kerana sifat wataknya yang lucu dan menghiburkan hati. Cerita jenis ini disampaikan melalui lisan pada ketika dahulu. Kajian yang berasaskan kerja lapangan ini telah dijalankan di beberapa buah kampung di Pulau Bum-Bum, Daerah Semporna, Sabah. Dalam kerja lapangan yang telah dilakukan sejumlah dua puluh sembilan buah cerita jenaka yang diceritakan oleh informan suku kaum Bajau telah dirakam dan ditranskripsi. Watak-watak jenaka seperti Si Pusung, Si Abu Nawas dan Si Andopal didapati amat popular dalam masyarakat suku kaum Bajau di Semporna. Watak-watak jenaka seperti ini memiliki sifat pintar, licik, bodoh dan sial, yang mempunyai unsur humor lalu membuat pendengar ketawa. Kajian ini memberikan tumpuan kepada dokumentasi dan pengkategorian cerita-cerita jenaka suku kaum Bajau, diikuti dengan analisis unrus-unsur kejanggalan dan kesan positif humor terhadap kesihatan emosi pendengar. Hasil analisis mendapati cerita jenaka suku kaum Bajau memiliki banyak unsur-unsur kejanggalan yang menyebabkan pendengar dan pencerita ketawa. Dalam kajian psikologi dan humor, ketawa akan melegakan perasaan dan emosi seseorang serta mendatangkan manfaat kepada kesihatan emosinya. Menerusi kajian ini, watak-watak jenaka, unsur-unsur kejanggalan dan kesan positif humor dalam cerita jenaka suku kaum Bajau di Pulau Bum-Bum, Semporna, akan ditonjolkan kepada umum.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Cerita jenaka, Bajau, Kesihatan emosi |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GR Folklore > GR1-950 Folklore > GR99.6-390 By region or country |
Department: | FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 07 Aug 2024 08:35 |
Last Modified: | 07 Aug 2024 08:35 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39435 |
Actions (login required)
View Item |