Konsep mantera dalam budaya Bajau Kampung Mapan-Mapan, Pitas, Sabah

Jasman Bandar (2015) Konsep mantera dalam budaya Bajau Kampung Mapan-Mapan, Pitas, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (632kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Mantera merupakan salah satu tradisi lisan orang Bajau di Pitas, yang disebut sebagai Babar. Bagi kepercayaan orang Bajau di Daerah Pitas, Babar diyakini sebagai faktor kewujudan mantera yang mereka warisi sehingga ke hari ini. Pada kebiasaannya, mantera dilafazkan apabila seseorang menghadapi masalah dalam kehidupan seharian. Pengaruh sekitaran dipercayai sebagai sumber utama yang mencetuskan penghasilan mantera. Sejak zaman dahulu, mantera berperanan penting sebagai penerus kehidupan dan membantu melicinkan pekerjaan seharian dalam kalangan orang Bajau. Disebabkan itu, mantera mendapat tempat yang tinggi dalam kehidupan masyarakat Bajau. Kajian ini bertumpu di Kampung Mapan-mapan Darat dan Kampung Mapan-mapan Laut yang terletak di Daerah Pitas, Sabah. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah kerja lapangan, temu bual, dan kaedah pemerhatian secara langsung untuk mendapatkan maklumat berkait mantera di kedua-dua buah kampung tersebut. Semua data berkait mantera yang berbentuk teks verbatim yang diperolehi dari kerja lapangan seterusnya dianalisis dari aspek latar dan tema sesebuah mantera; peranan mantera dalam kehidupan orang-orang Bajau Pitas; dan nilai yang terkandung dalam sesebuah mantera. Hasil dapatan kajian membuktikan bahawa mantera penting dalam pelbagai aspek kehidupan orang-orang Bajau di Pitas. Kebanyakan pengamal mantera Bajau di Pitas terdiri daripada orang tua-tua. Manakala, generasi muda orang-orang Bajau Pitas sudah tidak berminat untuk mempelajarinya. Perkara tersebut dikhuatiri akan menyebabkan pengamalan mantera orang-orang Bajau di Pitas lenyap tanpa pewaris. Justeru, kajian ini perlu didokumentasikan agar ianya kekal sebagai tradisi lisan etnik peribumi Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Mantera, Budaya, Bajau
Subjects: D World History and History Of Europe, Asia, Africa, Australia, New Zealand, Etc. > DS Asia > DS1-937 History of Asia > DS520-560.72 Southeast Asia > DS591-599 Malaysia. Malay Peninsula. Straits Settlements > DS597.22-599 Local history and description > DS597.33-597.34 Sabah. British North Borneo
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 09 Aug 2024 08:11
Last Modified: 09 Aug 2024 08:11
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/39460

Actions (login required)

View Item View Item