Nur Nazifah Mansor (2005) Regenrasi Centella asiatica dari petiol. Universiti Malaysia Sabah. (Unpublished)
|
Text
ae0000000420.pdf Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini telah dijalankan bagi menentukan jenis kultur media yang paling sesuai untuk regenerasi pucuk tumbuhan daripada petiol Centella asiatica. Penentuan media regenerasi yang paling sesuai adalah melalui penambahan hormon yang dikaji ke dalam media MS yang digunakan. Kajian kali ini, melibatkan penggunaan tiga jenis hormon yang berbeza. Ketiga-tiga hormon yang digunakan adalah IBA, BAP dan NAA. NAA dan rnA adalah dari kumpulan auksin manakala BAP adalah dari kumpulan sitokinin. Penggunaan hormon NAA adalah secara solo manakala penggunaan IBA dan BAP adalah secara kombinasi. Berdasarkan kepada kajian-kajian terdahulu, regenerasi bagi famili Umbelliferae adalah melalui somatic embriogenesis. Dalam kajian ini, penghasilan kalus secara tidak terkawal menunjukkan bahawa regenerasi yang berlaku adalah regenerasi secara tidak langsung kerana fasa kalus dapat diperhatikan. Organ yang terhasil adalah akar dan organ ini hanya dapat diperhatikan pada kepekatan hormon 0.3mg/L NAA, 0.4mg/L NAA dan 2.0mg/L BAP + 0.3mg/L IBA. Siri-siri hormon yang lain menunjukkan perkembangan kalus sebagai hasil.
Item Type: | Academic Exercise |
---|---|
Keyword: | Shoot regeneration, Hormone combination, Callus formation, Centella asiatica, Petiole |
Subjects: | Q Science > QK Botany > QK1-989 Botany > QK710-899 Plant physiology |
Department: | SCHOOL > School of Science and Technology |
Depositing User: | ADMIN ADMIN |
Date Deposited: | 06 Jan 2012 17:57 |
Last Modified: | 12 Oct 2017 09:53 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/395 |
Actions (login required)
View Item |