Amalan emotional labor dalam kalangan kepimpinan kesatuan sekerja di Sabah

Ag Mohd Ruslaimie Masli (2022) Amalan emotional labor dalam kalangan kepimpinan kesatuan sekerja di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (684kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kesatuan sekerja sebagai medium bagi memelihara hak pekerja yang terdedah terhadap dinamika persekitaran dan isu pekerjaan. Kepimpinan kesatuan sekerja berhadapan dengan cabaran bagi menjaga kebajikan ahli kesatuan sekerja di samping mewujudkan hubungan yang baik antara majikan demi menjaga keharmonian industri. Oleh demikian, emotional labor membentuk diri pemimpin kesatuan sekerja melalui peraturan emosi dan tingkah laku agar gerakan kesatuan sekerja kekal relevan demi menjaga hak pekerja. Namun begitu, terdapat faktor yang mempengaruhi amalan emotional labor dalam konteks kepimpinan kesatuan sekerja di Sabah. Faktor – faktor tersebut terdiri daripada pendekatan pengurusan konflik, kecerdasan emosi, persepsi sokongan organisasi dan persepsi sokongan kesatuan sekerja. Sampel kajian seramai 136 orang pemimpin kesatuan sekerja di Sabah untuk menguji kerangka konseptual ini. Pendekatan statistik deskriptif dan statistik inferensi digunakan untuk menganalisis data kajian. Berdasarkan ujian pengaruh melalui analisis regresi mudah menunjukkan pendekatan pengurusan konflik dan kecerdasan emosi mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap emotional labor melalui dimensi surface acting dan deep acting. Selain itu, hanya kecerdasan emosi dimensi mengenal emosi orang lain mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap emotional labor melalui dimensi genuine emotion. Hal ini menunjukkan kepentingan pendekatan pengurusan konflik bagi berhadapan konflik agar pemimpin kesatuan sekerja mampu memimpin kesatuan sekerja dengan baik melalui amalan emotional labor. Justeru itu, kecerdasan emosi yang baik dan teratur akan memantapkan lagi emotional labor pemimpin kesatuan sekerja untuk berhadapan dengan ahli kesatuan sekerja yang mempunyai pelbagai sikap yang berbeza. Namun demikian, persepsi sokongan organisasi dan persepsi sokongan kesatuan sekerja tidak menunjukkan hubungan signifikan terhadap emotional labor pemimpin kesatuan sekerja. Meskipun begitu, kajian ini telah menunjukkan bahawa emotional labor mewujudkan gaya personaliti kepimpinan yang baik terhadap pemimpin kesatuan sekerja bagi meneruskan gerakan kesatuan sekerja di Sabah bagi mengekalkan keharmonian industri.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Emotional labor, Pendekatan pengurusan konflik, Kecerdasan emosi, Persepsi sokongan organisasi, Persepsi sokongan kesatuan sekerja
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD6350-6940.7 Trade unions. Labor unions. Workers' associations
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 24 Sep 2024 12:31
Last Modified: 24 Sep 2024 12:31
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40529

Actions (login required)

View Item View Item