Tingkah laku pembelian pelancong domestik dalam sektor perkhidmatan terpilih di Kota Kinabalu, Sabah

Nurul Izzah Ismail (2023) Tingkah laku pembelian pelancong domestik dalam sektor perkhidmatan terpilih di Kota Kinabalu, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 pages.pdf

Download (472kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Industri pelancongan tergolong di dalam salah satu sektor yang memberikan sumbangan yang utama terhadap perkembangan ekonomi negara oleh itu semasa melancong, pelancong akan menggunakan perkhidmatan seperti sektor pengangkutan, restoran, penginapan, hiburan dan sebagainya. Kajian ini adalah berkaitan dengan ciri tingkah laku pembelian pelancong domestik terhadap sektor perkhidmatan terpilih di Kota Kinabalu, Sabah. Isu kajian ini adalah untuk mengetahui kuasa membeli seseorang pelancong apabila mereka tiba di Kota Kinabalu, Sabah adakah semasa melancong mereka berfokuskan kepada aspek kos yang murah atau mahal, aspek keselamatan dan sebagainya. Dalam kajian ini, terdapat empat objektif kajian iaitu (i) mengenal pasti ciri tingkah laku pembelian pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih semasa berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah ; (ii) meneliti perbezaan kuasa beli pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih ketika berkunjung ke Kota Kinabalu, Sabah; (iii) menganalisis hubung kait ciri pembelian terhadap sektor perkhidmatan dan profil demografi terpilih pelancong terhadap sektor perkhidmatan yang digunakan dan (iv) mencadangkan strategi untuk segmen pemasaran mengikut ciri tingkah laku pembelian pelancong yang berbeza. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian deskriptif untuk menjelaskan sesuatu fenomena dan tingkah laku. Jumlah responden dalam kajian ini adalah 280 orang pelancong domestik yang pernah datang atau yang sedang berkunjung ke Kota Kinabalu. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah melalui kaedah gabungan yang menggabungkan dua data iaitu data kuantitatif daripada borang soal selidik dan data kualitatif daripada data temu bual yang dijalankan. Hasil kajian dianalisis menggunakan aplikasi Statistical Package for Social Sciences (SPSS) dengan penggunaan analisis frekuensi, analisis skor min, ujian t dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelancong lebih memilih harga yang murah sebagai aspek yang utama di mana pelancong yang berkunjung ke Kota Kinabalu mempunyai ciri pembelian terhadap perkhidmatan yang lebih murah tanpa mengambil kira sebarang faktor lain. Tiga cadangan utama yang diberikan oleh pelancong adalah menyediakan kepelbagaian tarikan pelancong, kemudahan prasarana serta pakej pelancongan yang ditawarkan. Secara ringkasnya, faktor dan ciri tingkah laku pembelian pelancong terhadap sektor perkhidmatan terpilih ini boleh dikaji kerana setiap individu yang datang berkunjung ke Kota Kinabalu ini mempunyai cita rasa dan keinginan yang berbeza terhadap sesuatu perkhidmatan yang ditawarkan. Antara sumbangan kajian ini adalah ia dapat membantu industri pelancongan di negara dengan meningkatkan kualiti barang dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelancong. Selain itu, kajian ini juga dapat memberikan maklumat tambahan khususnya kepada pihak berkuasa tempatan dan Kementerian Pelancongan amnya berkenaan pemilihan sektor perkhidmatan pelancong yang datang ke Kota Kinabalu.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Industri pelancongan, Perkhidmatan, Perkembangan ekonomi, Tingkah laku pembelian, Pelancong domestik
Subjects: G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) > G154.9-155.8 Travel and state. Tourism
H Social Sciences > HC Economic history and conditions > HC10-1085 Economic history and conditions > HC94-1085 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:14
Last Modified: 27 Sep 2024 08:14
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40540

Actions (login required)

View Item View Item