Philiadiran Philip (2023) Leksis peripheral arabo, sino-tibetan dan darvidien dalam pengantarabangsaan bahasa Melayu di alam Malaynesia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (790kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (3MB) |
Abstract
Tesis ini mengkaji keantarabangsaan bahasa Melayu dengan melihat sejarah kemasukan leksis Arabo (Arab), Sino-Tibetan (Cina) dan Darvidien (Tamil) ke Alam Malaynesia. Bahasa Melayu yang bersifat fleksibel untuk menyerap dan mengasimilasikan leksis-leksis dari bahasa Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien menunjukkan unsur keantarabangsaan bahasa Melayu itu sendiri. Ramai masyarakat kurang mengetahui kewujudan leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien yang diserap dan diasimilasi ke dalam bahasa Melayu dan diubah sebutannya mengikut sebutan Melayu Malaynesia. Selain itu, terdapat juga segelintir masyarakat yang berpendapat bahawa bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa antarabangsa mahupun sebagai salah satu bahasa utama di dunia. Oleh itu, kajian ini dilakukan dengan menyenaraikan leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, kajian ini juga akan menjelaskan bagaimana leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien diasimilasi ke dalam bahasa Melayu dengan menganalisis perubahan elemen-elemen linguistik terhadap fonem-fonem tertentu yang semestinya memberikan kesan perubahan secara fonologi dan morfologi bagi leksis-leksis yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Seterusnya, kajian ini juga menjelaskan bagaimana leksis peripheral Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien dapat membina keantarabangsaan bahasa Melayu di alam Malaynesia. Kajian ini menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku teks, dokumentasi-dokumentasi berkaitan serta pelbagai bahan bertulis dan laman sesawang. Secara umumnya, pengkaji telah meneliti 25 bahan yang dianalisis untuk mendapatkan data kajian. Bahan-bahan berkenaan menjadi rujukan pengkaji untuk mengenal pasti leksis-leksis serapan daripada bahasa Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien yang diserap ke dalam bahasa Melayu. Pengkaji telah menggunakan kaedah analisis dokumen atau analisis teks sebagai reka bentuk kajian dalam melaksanakan kajian ini. Pendekatan fonologi dan morfologi telah digunakan untuk mengkaji dan menganalisis elemen-elemen perubahan linguistik leksis peripheral Arabo (Arab), Sino-Tibetan (Cina) dan Darvidien (Tamil) dengan mengambil kira pemahaman etimologi diakronik dan sinkronik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat 604 leksis Arabo, 292 leksis Sino-Tibetan dan 614 leksis Dravidien yang diserap ke dalam bahasa Melayu dan tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2021) sebagai leksis yang sah digunakan dalam bahasa Melayu. Seterusnya, kajian juga mendapati bahawa apabila leksis Arabo, Sino-Tibetan dan Darvidien diasimilasi menjadi leksis bahasa Melayu maka terdapat 30 bentuk perubahan elemen linguistik bagi leksis Arabo, empat ciri pengekalan fonologi dalam bahasa Sino-Tibetan dan 40 bentuk perubahan elemen linguistik bagi leksis Darvidien. Keantarabangsaan bahasa Melayu dapat dilihat melalui tarafnya sebagai bahasa supranasional dan suprainternasional, bahasa ilmu dan sebagai strategi komunikasi yang berkesan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Asimilasi, Leksis, Peripheral, Malaynesia, Bahasa Melayu, Fleksibel, Keantarabangsaan |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL1-8844 Languages of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5001-7511 Languages of Oceania > PL5001-7101 Austronesian, Papuan, and Australian languages > PL5051-5497 Malayan (Indonesian) languages |
Department: | CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Sep 2024 08:15 |
Last Modified: | 27 Sep 2024 08:15 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40543 |
Actions (login required)
View Item |