Geetha Thevarazen (2023) Penglibatan dan cabaran komuniti dalam aktiviti ekopelancongan: Kajian kes di Kampung Terintidon, Kota Belud, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (352kB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (5MB) |
Abstract
Penglibatan ahli komuniti dalam ekopelancongan di kebanyakan negara sedang membangun seperti negeri Sabah, Malaysia adalah suatu yang signifikan untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan taraf hidup mereka yang tinggal di luar bandar. Namun, untuk mencapai Hasrat tersebut pelbagai cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ahli komuniti dan juga pihak berkepentingan yang menyokong usaha tersebut. Justeru, isu tahap penglibatan ahli komuniti dalam ekopelancongan serta kejayaan atau kegagalan mereka meningkatkan tahap sosio-ekonomi adalah merupakan permalasahan utama bagi kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah mengetahui perkembangan aktiviti ekopelancongan di Kg Terintidon. Selain itu, kajian ini akan memfokus kepada faktor dan tahap penglibatan ahli komuniti dalam aktiviti ekopelancongan; objektif seterusnya adalah mengkaji cabaran yang dihadapi oleh ahli komuniti. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengaplikasikan pendekatan kualitatif. Dalam kaedah ini, temu bual mendalam dengan 11 informan telah dilakukan termasuk pemerhatian langsung. Namun begitu, kaedah kutipan data kuantitatif seperti survei dengan menggunakan boring soal selidik juga digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Seramai 73 orang responden terlibat dalam aktiviti ekopelancongan telah disoal selidik. Dapatan kajian menunjukkan terdapat empat aktiviti ekopelancongan yang diadakan oleh ahli komuniti di Kg Terintidon iaitu aktiviti rekreasi Sungai Sisipon, aktiviti trekking bukit Garas, aktiviti perkhemahan dan aktiviti Kebudayaan. Faktor yang mendorong ahli komuniti untuk turut serta dalam aktiviti ekopelancongan adalah seperti, faktor minat, ingin memperolehi pendapatan sampingan, ingin memajukan ekonomi tempatan, ingin mempersembahkan keunikan budaya. Antara cabaran utama yang dihadapi oleh ahli komuiti untuk terlibat dalam aktiviti ekopelancongan di Kampung Terintidon adalah kekurangan peruntukan kewangan, impak wabak Covid-19, aspek keselamatan kurang baik dan kursus Latihan kemahiran masih terhad. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan impak positif yang dihadapi oleh ahli komuniti adalah lebih dominan daripada impak negatif. Secara umumnya, kajian ini menunjukkan penglibatan ahli komuniti secara kendiri iaitu berasaskan tipologi Pretty (1995). Sekiranya, penglibatan ahli komuniti dalam pembangunan aktiviti ekopelancongan diteruskan maka ia membantu dalam mencapai pembangunan ekopelancongan yang mapan.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Komuniti, Ekopelancongan, Kampung Terintidon |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > G Geography (General). Atlases. Maps > G1-922 Geography (General) > G149-180 Travel. Voyages and travels (General) |
Department: | FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 27 Sep 2024 08:16 |
Last Modified: | 27 Sep 2024 08:16 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40544 |
Actions (login required)
View Item |