Kelangsungan hidup nelayan terhadap pengisytiharan kawasan perlindungan marin di Kampung Sebayan Kudat, Sabah

Norina Natasha Ag Ijuwan (2023) Kelangsungan hidup nelayan terhadap pengisytiharan kawasan perlindungan marin di Kampung Sebayan Kudat, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (321kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Aktiviti perikanan merupakan salah satu daripada aktiviti ekonomi komuniti di kawasan luar bandar negeri Sabah. Bagaimanapun, pengisytiharan sesuatu kawasan perairan sebagai Kawasan Perlindungan Marin atau Marine Protected Areas (MPA) telah memberi kesan terhadap mata pencarian nelayan. Di samping itu, norma kehidupan nelayan juga turut mengalami perubahan termasuk nelayan di Kampung Sebayan, Kudat. Perkampungan nelayan ini merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Teluk Marudu yang telah diisytihar sebagai MPA Taman Tun Mustapha. Teluk Marudu yang menjadi MPA bermula pada tahun 2016 diharapkan boleh memulihara kepelbagaian hidupan marin serta kawasan pesisir pantai, menambahbaik sektor perikanan agar lebih mampan untuk faedah komuniti setempat termasuk membuka lebih banyak peluang industri pelancongan di negeri Sabah. Bagi komuniti nelayan di Kampung Sebayan, kewujudan Taman Tun Mustapha ini menimbulkan dilema dan memberi kesan terhadap aktiviti perikanan dan kehidupan mereka secara keseluruhannya. Kajian ke atas komuniti nelayan di Kampung Sebayan ini mendapati komuniti berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melakukan aktiviti perikanan dan dalam masa sama mengakui peri penting memelihara hidupan marin daripada pupus. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif untuk menjawab persoalan kajian iaitu mengapakah Kampung Sebayan dipilih sebagai Kawasan Perlindungan Marin?; Apakah reaksi nelayan di Kampung Sebayan terhadap pengisytiharan Teluk Marudu sebagai kawasan Perlindungan Marin?; dan Apakah strategi sosioekonomi yang dilakukan oleh nelayan Kampung Sebayan untuk berhadapan dengan perisytiharan Teluk Marudu sebagai Kawasan Perlindungan Marin?. Kajian ini mempunyai tiga objektif utama iaitu mengkaji faktor pemilihan Kampung Sebayan sebagai Kawasan Perlindungan Marin, mengkaji reaksi nelayan Kampung Sebayan terhadap perisytiharan Teluk Marudu sebagai Kawasan Perlindungan Marin; dan mengenalpasti strategi sosioekonomi yang dilakukan oleh nelayan Kampung Sebayan ekoran perisytiharan Teluk Marudu sebagai Kawasan Perlindungan Marin. Hasil penelitian ini juga mendapati sebahagian besar daripada ahli komuniti di Kampung Sebayan tidak bersetuju dengan pengisytiharan Taman Tun Mustapha. Hal ini kerana ia telah menghadkan pergerakan mereka ke kawasan menangkap ikan yang seterusnya menjejaskan pendapatan para nelayan di perkampungan ini.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Kawasan perlindungan marin, MPA, Pendekatan penghidupan mampan, Taman Tun Mustapha, Komuniti nelayan
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28-9999 Industries. Land use. Labor > HD4801-8943 Labor. Work. Working class > HD8045-8943 By region or country
Department: FACULTY > Faculty of Social Sciences and Humanities
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 27 Sep 2024 08:17
Last Modified: 27 Sep 2024 08:17
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40545

Actions (login required)

View Item View Item