Herlina Jupiter (2020) Faktor mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa ke Universiti Malaysia Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.
Text
24 PAGES.pdf Download (1MB) |
|
Text
FULLTEXT.pdf Restricted to Registered users only Download (4MB) |
Abstract
Umum mengetahui bahawa enrolmen pelajar antarabangsa ke universiti dalam negara merupakan agenda vital untuk memartabatkan konsep pengantarabangsaan sekali gus mencapai status universiti bertaraf dunia menjelang tahun 2020. Penyelidikan ini dijalankan dengan menggariskan dua (2) objektif utama iaitu (i)mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pelajaran ke luar dari negara asal dan (ii)melakukan penilaian terhadap kecenderungan pelajar antarabangsa ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) sebagai destinasi pengajian luar negara. Kerangka Konseptual sarjana Suh Li Phang (2013) telah dijadikan rujukan sepanjang penyelidikan dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan secara kualitatif. Seterusnya, seramai 20 responden daripada pelbagai kewarganegaraan telah dipilih secara rawak bagi mendapatkan data yang bersesuaian dengan tujuan kajian. Hasil penyelidikan mendapati bahawa, faktor yang mempengaruhi kecenderungan pelajar antarabangsa ke UMS dapat diklasifikasikan kepada tiga kategori signifikan iaitu (i) komunikasi (ii) lokasi dan (iii) sosial. Sebanyak satu (1) penemuan faktor bagi objektif pertama dan dua (2) penemuan faktor baharu untuk objektif kedua ditemui iaitu faktor kedudukan geografi bagi objektif pertama dan faktor inisiatif ejen serta faktor program pertukaran pelajar bagi objektif kedua. Sumbangan daripada penyelidikan ini adalah berbentuk pengetahuan tentang faktor pemilihan UMS sebagai destinasi pengajian dan seterusnya boleh diadaptasi bagi merangka strategi peningkatan jumlah pelajar antarabangsa yang menjamin kelestarian pendidikan tinggi.
Item Type: | Thesis (Masters) |
---|---|
Keyword: | Pelajar antarabangsa, Universiti bertaraf dunia, Universiti Malaysia Sabah |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > LB5-3640 Theory and practice of education > LB2300-2430 Higher education > LB2351-2359 Admissions and entrance requirements |
Department: | FACULTY > Labuan Faculty of International Finance |
Depositing User: | DG MASNIAH AHMAD - |
Date Deposited: | 30 Sep 2024 12:33 |
Last Modified: | 30 Sep 2024 12:33 |
URI: | https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40561 |
Actions (login required)
View Item |