Sudawil : Analisis dari aspek makna

Julita @ Norjietta Taisin (2014) Sudawil : Analisis dari aspek makna. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (224kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Sudawil adalah puisi lisan Kadazandusun yang semakin dilupakan. Untuk mengelak sudawil lenyap daripada ingatan pendukungnya, maka kajian ini dilakukan untuk meneliti makna sudawil daripada dimensi linguistik dan budaya masyarakat Kadazandusun yang ditonjolkan melalui aspek makna denotatif, konotatif dan fungsi kohesi. Dengan mengaplikasikan pendekatan Teori Analisis Komponen Makna oleh Katz (1972) elemen-elemen sinonim, metafora dan kohesi telah membuktikan bahawa sudawil mampu mengungkap makna yang luas. Pengumpulan data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan rujukan pustaka. Secara keseluruhan, kajian ini berhasil mengungkap tiga tafsiran makna. Pertama, wujudnya padanan makna perkataan-perkataan tertentu dalam ungkapan sudawil. Kedua, penggunaan unsur metafora mampu mewujudkan pelbagai makna untuk mengekalkan interaksi sosial berlandaskan adat dan budaya masyarakat penggunanya. Ketiga, unsur kohesi no mempengaruhi ungkapan wacana bermakna kerana ia memberi penegasan maklumat dengan berkesan. Kombinasi ketiga-tiga elemen tersebut telah membuktikan bahawa sudawil merupakan tradisi lisan yang menyimpan nilai dan norma kehidupan masyarakatnya dan sudawil seharusnya dipertahankan oleh generasi muda sebagai tradisi hidup yang masih bersesuaian pada zaman moden.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Kadazandusun, Oral poetry, Sudawil, Linguistic, Cultural dimention
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > PN1-6790 Literature (General)
Department: CENTRE > Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 16 Aug 2024 10:24
Last Modified: 16 Aug 2024 10:24
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40574

Actions (login required)

View Item View Item