Petrologi kompleks ofiolit Teluk Marudu, Utara Sabah, Malaysia

Rezal Rahmat (2016) Petrologi kompleks ofiolit Teluk Marudu, Utara Sabah, Malaysia. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (1MB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (46MB)

Abstract

Kompleks Ofiolit Teluk Marudu (KOTM) adalah mewakili batuan kerak lautan kuno atau jujukan ofiolit berusia Jurasik hingga Kapur Awai yang tersingkap di sekitar kawasan Kota Marudu-Pitas, utara Sabah. Batuan kerak lautan kuno ini pada asalnya dirujuk sebagai Formasi Cert-Spilit oleh pengkaji-pengkaji terdahulu. Hasil daripada kajian ini mendapati, Kompleks Ofiolit Teluk Marudu ini merupakan suatu jujukan ofiolit yang tidak lengkap ( dismembered). Jujukan Kompleks Ofiolit Teluk Marudu terdiri daripada unit ultramafik yang diwakili oleh batuan Peridotit (harzburgit) terserpentin, unit mafik yang diwakili oleh batuan Gabro, unit volkanik yang diwakili oleh batuan Basalt , unit felsik yang diwakili oleh batuan Diorit kuarza dan sedimen lautan yang terdiri daripada cert, batu lumpur serta batu kapur yang terhad. Analisis geokimia batuan yang dilakukan menunjukkan, unit ultramafik yang diwakili oleh batuan Peridotit terserpentin dicirikan dengan nilai kepekatan unsur SiO2 antara 36. 7%--42. 75% dan kandungan unsur MgO, Ni dan Co yang tinggi. Unsur kekuatan bermedan rendah (LFSE) seperti Pb, Ba, Rb, Sr, K dan unsur nadir bumi (REE) yang sangat rendah menunjukkan ciri-ciri batuan punca atau batuan mantel. Sampel batuan gabro mewakili unit mafik yang mengandungi silika (SiO2) antara 46.20%-50.34% menunjukkan perbezaan yang jelas dalam julat kepekatan unsur-unsur TiO2, K2O, P2O5, Ba, Rb, Zr, Nb dan unsur nadir bumi ringan (LREE). Sampel batuan gabro dari unit mafik GB0l dan GB02 menunjukkan kepekatan unsur-unsur yang lebih rendah berbanding dengan GB03, GB04 dan GB0S yang mana mencadangkan perbezaan batuan punca. Sampel batuan GB03, GB04 dan GB0S yang mengandungi jumlah kandungan alkali yang tinggi mempunyai ciri-ciri geokimia yang sama dengan Basalt Antara Plat (BAP). Unit felsik yang diwakili Diorit kuarza yang mempunyai nilai SiO2 antara 53.3%-67 .5% dicirikan oleh fitur-fitur terbreksi pada batuan dan diklasifikasikan sebagai Trondhjemit-Tonalit berdasarkan nisbah An-Ab-Or, serta menunjukkan ciri-ciri Granit arka volkanik. Unit volkanik KOTM diwakili oleh batuan basalt yang hadir sebagai batuan basalt masif dan basalt lava bantal dilapangan. Batuan basalt yang mempunyai nilai SiO2 antara 47.1 %-51.70% dicirikan dengan kelimpahan unsur kekuatan medan rendah (LFSE) seperti Cs, Rb, Ba, Sr, K dan unsur nadir bumi ringan (LREE), serta penyusutan unsur kekuatan medan tinggi (HFSE) seperti Zr, Ti, Y, Nb dalam batuan. Batuan basalt ini berasal dari magma siri tholeitik hingga siri kalk-alkali K-tinggi dan menunjukkan ciri-ciri sekitaran tektonik Permatang Tengah Lautan (PTL) hingga Arka Kepulauan (ARK). Ciri-ciri geokimia batuan basalt Kompleks Ofiolit Teluk Marudu (KOTM) mencadangkan pembentukan kerak lautan pada persekitaran pemuaian Permatang Tengah Lautan (PTL) yang dipengaruhi oleh aktiviti peringkat awal zon supra-Subduksi (ZSS) yang dimulai oleh sungkupan antara plat.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Petrologi, Ofioliit, Batuan igneus, Geologi
Subjects: Q Science > QE Geology > QE1-996.5 Geology > QE420-499 Petrology
Department: FACULTY > Faculty of Science and Natural Resources
Depositing User: Nur Alia Maisara
Date Deposited: 16 Aug 2024 14:40
Last Modified: 16 Aug 2024 14:40
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40637

Actions (login required)

View Item View Item