Gaya pertautan dan motivasi pelajar, serta pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar

Muhamad Suhaimi Taat (2011) Gaya pertautan dan motivasi pelajar, serta pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar. Doctoral thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (262kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (1MB)

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat faktor gaya pertautan, motivasi, proses pengajaran dan bimbingan guru Pendidikan Islam terhadap pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar sekolah menengah di Sabah. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan, melibatkan seramai 407 orang pelajar dari kawasan bandar (zon Kota Kinabalu seramai 205 orang) dan luar bandar (zon Keningau seramai 202 orang). Kajian ini menggunakan instrumen empat jenis gaya pertautan yang dicadangkan oleh Bartholomew dan Horowitz (1991), dan Model Keupayaan Belajar Sendiri (Borkowski & Dukewich, 1996) sebagai model asas kepada kerangka kajian ini. Data kajian dianalisis menggunakan perisian SPPS Versi 15 dan AMOS Versi 4. Analisis data dilaksanakan secara deskriptif dan juga menggunakan analisis inferens (MANOVA, Korelasi Pearson, dan Regresi Berganda). Dapatan utama kajian menunjukkan secara keseluruhannya terdapat pengaruh yang signifikan faktor variabel gaya pertautan Selamat, gaya pertautan Menolak, motivasi, dan proses pengajaran terhadap pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar. Analisis regresi berganda yang dijalankan menunjukkan motivasi adalah peramal utama kepada pembelajaran terarah kendiri (PTK) pelajar (5 = 0.549, R2= 0.301, p = 0.001). Analisis laluan model persamaan struktur (SEM) juga menunjukkan data yang digunakan dalam kajian ini mempunyai penyesuaian munasabah bagi model regresi yang dicadangkan. Justeru membuktikan keempat-empat variabel bebas tersebut mempunyai hubungan dan pengaruh secara langsung dan tidak langsung dengan variabel bersandar kajian iaitu pembelajaran terarah kendiri (PTK). Analisis korelasi Pearson pula menunjukkan terdapatnya hubungan yang positif dan signifikan antara variabel-variabel kajian. Keputusan analisis MANOVA juga menunjukkan terdapatnya perbezaan skor min yang signifikan antara jantina pelajar bagi variabel bersandar di kawasan bandar sahaja. Kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan skor min yang signifikan antara pelajar bandar dan luar bandar bagi variabel motivasi. Justeru adalah menjadi harapan agar kajian ini akan dapat memberikan input berguna bagi penambahbaikan sistem pendidikan kebangsaan.

Item Type: Thesis (Doctoral)
Keyword: Pembelajaran terarah kendiri, Pendidikan Islam, Pengajaran dan bimbingan
Subjects: L Education > LC Special aspects of education > LC8-6691 Special aspects of education > LC251-951 Moral and religious education > LC321-951 Religion and education. Education under church control > LC901-915 Islamic education
Department: SCHOOL > School of Education and Social Development
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 21 Aug 2024 16:41
Last Modified: 21 Aug 2024 16:41
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40643

Actions (login required)

View Item View Item