Satu kajian terhadap seni catan kontemporari di Sabah

Md Rosli Hj. Suhailin (2015) Satu kajian terhadap seni catan kontemporari di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (456kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji unsur estetik dan misteri dalam seni catan kontemporari Sabah selaras dengan keunikan budayanya yang mempunyai pelbagai etnik tradisi. Kajian juga berdasarkan kepada kekurangan sumber dokumentasi yang berkaitan. Kefahaman yang cetek terhadap hasil seni, menjadikan masyarakat tidak prihatin, kurangnya penghargaan dan wujudnya daya persepsi yang rendah terhadap seni catan. Kajian merujuk kepada karya asal sama ada dalam galeri peribadi atau di Balai Seni Lukis Sabah. Kajian terdahulu seperti katalog, majalah, dokumen bertulis, jurnal dan buku-buku juga digunakan dalam penyelidikan ini. Kajian ini meliputi seni catan yang dihasilkan oleh empat pelukis Sabah berpandukan kepada kriteria dan elemen yang diperlukan terdapat pada karya mereka. Sebanyak enam belas karya seni catan dikaji yang mana melibatkan tiga atau empat buah karya bagi setiap pelukis. Kaedah kajian yang dijalankan adalah menerusi kajian lapangan iaitu dengan mengadakan temu bual dan soal jawab secara langsung atau melalui perbualan telefon dengan pengkarya, keluarga, rakan sekerja atau kenalan rapat. Di samping itu, data tersebut juga digunakan untuk mendokumentasi serta menganalisis setiap karya yang dihasilkan melalui pendekatan teori kritikan seni dan teori estetik. Kaedah ini secara tidak langsung dapat mengupas tentang makna yang tersurat dan tersirat melalui catan yang dipaparkan. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat unsur estetik dan misteri dalam seni catan kontemporari Sabah berdasarkan kepada elemen seni yang digunakan menjurus kepada pembentukan hal benda, kandungan dan komponen seni yang diterjemahkan. Dapatan dari penyelidikan ini diharap menjadi rujukan penting dalam membuat kajian selain untuk membantu, meningkatkan dan memartabatkan seni catan kontemporari Sabah.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Seni catan, Etnik tradisi, Kebudayaan
Subjects: N Fine Arts > ND Painting > ND25-3416 Painting > ND1470-1625 Technique and materials
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 08:56
Last Modified: 28 Aug 2024 08:56
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40661

Actions (login required)

View Item View Item