Elemen estetika dalam reka bentuk dan motif pakaian tradisional perkahwinan masyarakat Lotud di Sabah

Salbiah Kindoyop (2015) Elemen estetika dalam reka bentuk dan motif pakaian tradisional perkahwinan masyarakat Lotud di Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
24 PAGES.pdf

Download (382kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (8MB)

Abstract

Kehidupan moden telah menghakis nilai-nilai budaya dan amalan tradisi dalam masyarakat. Hal ini telah menyebabkan kepupusan pengetahuan dan amalan budaya termasuklah pengetahuan dalam pakaian tradisional. Pakaian tradisional etnik di Sabah mempunyai keunikan reka bentuk dan motif yang menampilkan nilai keindahan yang amat menarik untuk diselidik. Masyarakat Suang Lotud di Tuaran, mempunyai tiga jenis pakaian tradisional iaitu, pakaian tantagas (upacara ritual), pakaian penari sumayau dan pakaian Perkahwinan. Namun, kajian hanya tertumpu pada pakaian tradisional perkahwinan. Kajian ini akan menganalisis elemen estetika yang terdapat pada pakaian tradisional perkahwinan dari segi reka bentuk dan motif pakaian. Kajian ini menggunakan metod penyelidikan lapangan iaitu, melalui kaedah pemerhatian, temu bual dan rakaman audio visual. Analisis kajian tentang elemen estetika yang terdiri daripada elemen harmoni, imbangan, kesatuan dan bermakna adalah indikator yang diperkenalkan oleh pengkaji berdasarkan teori Monroe Beardsley dan Vitruvius. Kajian ini mendapati elemen estetika dalam pakaian tradisional perkahwinan masyarakat Lotud dapat diketegorikan berdasarkan bentuk organik dan geometri. Motif dalam pakaian Lotud merujuk pada elemen estetika yang berasaskan flora, fauna, alam sekeliling dan kosmos. Reka bentuk dan motif pakaian tradisional juga menterjamahkan aktiviti kehidupan dan falsafah masyarakat Lotud.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Amalan tradisi masyarakat, Pakaian tradisional, Reka bentuk dan motif, Sabah
Subjects: T Technology > TT Handicrafts Arts and crafts > TT1-999 Handicrafts. Arts and crafts > TT490-695 Clothing manufacture. Dressmaking. Tailoring
Department: FACULTY > Faculty of Humanities, Arts and Heritage
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 08:57
Last Modified: 28 Aug 2024 08:57
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40664

Actions (login required)

View Item View Item