Hubungan kepekatan paras plumbum dan homosisteina darah dalam kalangan pekerja bengkel automotif di daerah Sandakan, Sabah

Sundusin Haji Nganro (2015) Hubungan kepekatan paras plumbum dan homosisteina darah dalam kalangan pekerja bengkel automotif di daerah Sandakan, Sabah. Masters thesis, Universiti Malaysia Sabah.

[img] Text
ABSTRACT.pdf

Download (179kB)
[img] Text
FULLTEXT.pdf
Restricted to Registered users only

Download (2MB)

Abstract

Kesan ketoksikan utama pendedahan plumbum adalah sistem neurologi dan sistem vaskular, yang juga merupakan fokus utama kajian ini. Manakala homosisteina digunakan sebagai indikator bagi kesan kesihatan seperti peningkatan hipertensi dan penyakit kardiovaskular. Kajian keratan rentas perbandingan ini dijalankan untuk mengkaji hubungan kepekatan paras plumbum dan homosisteina darah dalam kalangan pekerja bengkel automotif di daerah Sandakan. Seramai 60 orang telah terpilih sebagai responden kajian manakla 60 orang sebagai responden kumpulan perbandingan. Sampel darah diambil oleh penyelidik, yang juga merupakan Penolong Pegawai Perubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Analisis paras plumbum dalam darah ditentukan menggunakan alat ICP Ms. Manakala nilai paras homosisteina diukur menggunakan alat ARCHITECH Homocysteine. Nilai minimum (min) dan sisihan piawai (SP atau SD) plumbum dalam darah bagi kumpulan terdedah adalah 8.11±2.286 μg/dL berbanding dengan 6.40±2.318 μg/dL bagi kumpulan perbandingan. Manakala nilai min dan SP paras homosisteina dalam darah dalam kalangan kumpulan terdedah 19.798±5.566 μg/L dan 19.053±4.259 μg/L bagi kumpulan perbandingan. Hasil ujian t menunjukkan paras plumbum darah dalam kalangan kumpulan kajian lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan perbandingan dengan nilai t=4.064 dan p=0.01. Walau bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi paras homosisteina dalam kalangan kumpulan terdedah dan kumpulan perbandingan (nilai t=0.825;p=0.41). Ujian perhubungan menunjukkan terdapat hubungan yang tidak signifikan dalam kalangan kumpulan kajian dengan nilai r=0.142 dan p=0.201, berbanding kumpulan perbandingan dengan nilai r=0.078 dan p=0.485. Kesimpulannya kepekatan paras plumbum dalam darah tidak mempengaruhi peningkatan paras homosisteina dalam darah responden.

Item Type: Thesis (Masters)
Keyword: Plumbum dalam darah, Homosisteina pekerja automotif
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA1-1270 Public aspects of medicine > RA1190-1270 Toxicology. Poisons
Department: FACULTY > Faculty of Medicine and Health Sciences
Depositing User: DG MASNIAH AHMAD -
Date Deposited: 28 Aug 2024 09:00
Last Modified: 28 Aug 2024 09:00
URI: https://eprints.ums.edu.my/id/eprint/40670

Actions (login required)

View Item View Item